Sample modul geo t4

Page 74

KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI

UNIT 9 EKOSISTEM Biotik

Abiotik

Pengeluar Pengguna Primer Pengguna Sekunder Pengguna Tertier Pengurai

Cahaya Matahari Hujan Udara Mineral Tanih

Maksud/ Konsep/ Definisi : -Komuniti saling kaitan antara organisma hidup saling kaitan dan antara organisma hidup dengan alam fizikal. Jenis Ekosistem : -Ekosistem akuatik (di sungai, kolam, tasik dan lautan). -Ekosistem daratan (di hutan, padang rumput, gurun dan sebagainya) Dua Komponen Dalam Ekosistem : -Komponen biotik (benda-benda hidup seperti manusia, tumbuhan, binatang, burung, serangga) -Komponen abiotik (benda bukan hidup seperti cahaya matahari, hujan, udara, tanih, mineral)

Komponen Komponen--Komponen Biotik : 1) Pengeluar : Organisma yang dapat menghasilkan makanan sendiri. Tumbuhan menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. 2) Pengguna : Organisma yang tidak dapat menghasilkan makanan sendiri. : Pengguna Primer memakan tumbuhan (pengeluar) digelar herbivor, seperti arnab, beluncas, kambing dan kuda. : Pengguna Sekunder memakan Pengguna Sekunder digelar karnivor seperti ular. : Pengguna Tertier memakan haiwan lain juga digelar karnivor seperti harimau. 3) Pengurai : Organisma seperti bakteria dan kulat berfungsi untuk menguraikan tumbuhan, bangkai dan najis haiwan. : Nutrien dibekalkan kepada tumbuhan melalui proses penguraian.

Rantaian Makanan

Siratan Makanan

Aras trofik keempat Aras trofik ketiga Aras trofik kedua Aras trofik pertama

Setiap organisma merupakan makanan bagi organisma yang berikutnya.

Rantaian makanan yang lebih kompleks dan bertindih lapis dalam ekosistem.

Aras Trofik :

Rajah: Aras trofik

-Setiap aras trofik mengandungi organisma yang berkongsi makanan yang sama. -Aras trofik pertama terdiri daripada pengeluar. Aras trofik kedua terdiri daripada pengguna primer. -Aras trofik ketiga dan keempat terdiri daripada pengguna sekunder dan pengguna tertier. -Bilangan organisma semakin kurang pada aras trofik yang semakin tinggi.

1) Tuliskan maksud ekosistem. Komuniti organisma hidup yang mempunyai saling kaitan dan antara organisma hidup dengan alam fizikal 2) Berikan dua kompenan yang terdapat dalam sesuatu ekosistem. a) Biotik b) Abiotok 3) Berikan tiga contoh biotik dalam ekosistem lautan. a) Ikan b) Udang b) Ketam / Rumpai laut 4) Nyatkan konsep pengeluar dalam ekosistem. Organisma yang dapat menghasilkan makanan sendiri seperti rumput 5) Tuliskan tiga kumpulan pengguna dalam ekosistem. a) Pengguna primer b) Pengguna sekunder

b) Pengguna tertier

6) Tuliskan dua kepentingan dan sumbangan pengurai dalam ekosistem. a) Menguraikan tumbuhan, bangkai dan najis haiwan b) Nutrien dibekalkan kepada tumbuhan melalui proses penguraian 7) Tuliskan dua contoh hidupan liar dalam aras trofik kedua. a) Arnab / Beluncas b) Tikus / Belalang 8) Nyatakan dua aras trofik yang terdiri daripada pengguna tertier. a) Aras trofik ketiga b) Aras trofik keempat 74


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Sample modul geo t4 by Buku Geografi - Issuu