Sample modul geo t4

Page 72

Hutan Monsun Tropika

1) Senaraikan lima ciri hutan dalam foto. a) Daun gugur pada musim kemarau b) Kebanyakan pokok berakar tunjang c) Terdiri daripada tiga lapisan / Terdapat hutan buluh d) Tumbuhan lantai hutan padat e) Terdapat pokok berkayu keras 2) Berikan dua lokasi yang mempunyai hutan jenis ini. a) Thailand / India / Vietnam b) Bangladesh / Myanmar 3) Namakan dua contoh tumbuhan semula jadi dalam hutan ini. a) Buluh / Jati b) Cendana 4) Namakan dua contoh hidupan liar dalam hutan tersebut. a) Harimau / Gajah / Badak air b) Monyet / Ular / Musang 5) Berikan empat faktor yang mempengaruhi taburan hutan hujan tropika. a) Iklim Monsun Tropika mempunyai musim kemarau yang nyata b) Jumlah hujan tahunan tidak melebihi 2000 mm / Hujan turun pada musim panas c) Min suhu tahunan 24째 C / Kelembapan bandingan pada musim hujan 85% d) Julat suhu tahunan 5째 C / Kelembapan bandingan pada musim kemarau 6% 6) Kemukakan tiga perbezaan hutan monsun tropika dengan hutan hujan tropika. a) Hutan hujan tropika malar hijau, hutan monsun tropika gugur daun pada musim kemarau b) Tumbuhan lantai hutan di hutan hujan tropika lebih jarang c) Hutan hujan tropika terdapat empat lapisan, hutan monsun tropika terdapat tiga lapisan 7) Mengapakah tumbuhan di lantai hutan jenis hutan ini lebih padat? Kanopi kurang lebat daun membolehkan cahaya matahari yang cukup sampai ke lantai hutan 8) Berikan dua sumbangan hutan monsun tropika kepada manusia dan alam. a) Membekalkan bahan mentah / Peluang pekerjaan / Menambahkan pendapatan negara b) Membekalkan oksigen / Menyerap karbon dioksida / Habitat flora dan fauna Padang Rumput Sederhana

1) Senaraikan tiga ciri tumbuhan di padang rumput sederhana. a) Tidak ada pokok kerana kurang hujan b) Rumput berwarna hijau pada musim panas dan musim bunga c) Rumput berwarna kuning pada musim luruh 2) Berikan dua lokasi yang mempunyai hutan jenis ini. a) Bahagian tengah Asia / Bahagian tengah Amerika Utara b) Argentina / Uruguay / Afrika Selatan 3) Namakan dua contoh hidupan liar yang terdapat di padang rumput sederhana. a) Kuda liar / Serigala b) Rubah / Arnab / Rusa 4) Berikan empat faktor yang mempengaruhi taburan padang rumput sederhana. a) Iklim Sederhana Sejuk Kebenuaan b) Min suhu musim panas 20째 C c) Min suhu musim sejuk di bawah takat beku / Hujan tahunan 500 mm hingga 900 mm d) Hujan pada musim panas / Kemarau pada musim luruh 5) Namakan padang rumput sederhana bagi kawasan di bawah: a) Asia: Steppe c) Amerika Selatan: Pampas b) Amerika Utara: Prairie d) Afrika Selatan: Veld

e) Australia : Downs f) New Zealand: Canterbury 72


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Sample modul geo t4 by Buku Geografi - Issuu