Sample modul geo t4

Page 41

PROSES PEMBENTUKAN DAN TABURAN BENTUK MUKA BUMI

UNIT 2 2.1

Pergerakan Plat Tektonik

Plat Eurasia

Plat Amerika Utara

Plat Pasifik Plat Nazca

Plat Amerika Selatan

Plat Pasifik

Plat Afrika Plat Indo-Australia

Plat Australia

-Mengikut Teori Tektonik Plat, kerak bumi berpecah kepada banyak kepingan yang disebut plat. -Plat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu plat benua dan plat lautan. Contoh plat lautan ialah Plat Pasifik dan Plat Antartika. -Pergerakan plat disebabkan oleh pergerakan arus perolakan magma dalam mantel. -Plat tektonik boleh bergerak secara pertembungan dan pencapahan (pemisahan).

Plat Antartika

Pertembungan Plat

Pencapahan Plat -Disebabkan oleh Daya tegangan. -Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk: Lurah gelinciran, permatang tengah lautan, gunung bongkah. -Kesan: Hanyutan benua, plat baru terbentuk, daratan terangkat.

-Disebabkan oleh Daya mampatan. -Bentuk Muka Bumi Yang Terbentuk : Jurang lautan, arka pulau, banjaran gunung lipat. -Kesan: Gempa bumi, lipatan, gelinciran dan plat lautan termusnah.

1) Tuliskan dua isi tentang Teori Tektonik Plat: a) Kerak bumi berpecah kepada banyak kepingan yang disebut plat b) Plat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu plat benua dan plat lautan 2) Nyatakan dua contoh plat lautan: a) Plat Pasifik

b) Plat Antartika

3) Apakah punca atau faktor yang menyebabkan pergerakan plat? Pergerakan arus perolakan magma dalam mantel. Arus perolakan dalam magma mempunyai daya yang kuat untuk menggerakkan plat-plat yang terapung atas magma. 4) Berikan dua cara pergerakan plat tektonik berlaku: a) Pertembungan Plat

b) Pencapahan Plat

5) Daya yang menyebabkan pertembungan plat dikenali sebagai daya mampatan. 6) Daya yang menyebabkan pencapahan plat dikenali sebagai daya tegangan. 7) Tuliskan tiga bentuk muka bumi yang terbentuk akibat pencapahan plat: a) Lurah gelinciran b) Permatang tengah laut

c) Gunung

8) Tuliskan tiga bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh pertembungan plat: a) Jurang lautan b) Arka pulau c) Banjaran gunung lipat 9) Berikankan empat kesan pertembungan plat: a) Gempa bumi b) Lipatan c) Gelinciran 10) Berikan tiga kesan pecapahan plat: a) Hanyutan benua b) Plat baru terbentuk

d) Plat lautan termusnah c) Daratan terangkat 41


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Sample modul geo t4 by Buku Geografi - Issuu