Microsoft
Tips Menjawab Soalan ESEI Geografi SPM Pilih mana-mana tiga soalan esei bahagian B kertas 2 yang anda mampu jawab dengan paling baik. Jawab semua soalan jika ada lebihan masa. Pastikan nombor soalan yang tepat ditulis bagi setiap soalan yang dijawab. Tulis dalam bentuk “point” secara ringkas dan ayat yang lengkap. Berusaha memberi seberapa banyak isi jawapan yang mampu untuk menjamin markah maksimum diperolehi. Pastikan ada ruangan kosong yang mencukupi antara jawapan supaya boleh tambah isi jawapan sekiranya ada lebihan masa. Jika soalan esei yang meminta calon huraikan, terangkan atau jelaskan, maka calon perlu memberikan fakta, huraian dan contoh. -Faktor bentuk muka bumi yang rata, memudahkan kegiatan ekonomi dijalankan, seperti di Dataran Kelantan. Fakta
Huraian
Contoh
Microsoft
Contoh Strategi Menjawab Soalan Esei Nombor soalan tepat ditulis
8 (a) -Menambahkan pendapatan negara melalui eksport hasil sumber mineral seperti petroleum. -Menambahkan peluang pekerjaan seperti jurutera dan juruteknik. -Memajukan infrastruktur negara seperti pelabuhan dan lebuh raya. -Memajukan petempatan luar bandar. -Mempecerpatkan proses pembandaran, seperti di Kerteh dan Miri. -Membekalkan bahan mentah kepada industri tempatan, seperti petroleum kepada industri petrokimia. -Memajukan industri tempatan kerana bahan mentah yang mencukupi. -Meningkatkan taraf hidup dengan adanya pendapatan yang lumayan.
Isi jawapan bentuk “point” Berusaha tulis banyak isi yang mampu.
Ruangan kosong ditinggalkan Ada lebihan masa boleh tambah isi atau pembetulan
8 (b) -Penerokaan petroleum di laut menyebabkan tumpahan minyak. -Pencemaran air laut berlaku. -Mengancam hidupan akuatik. -Menjejaskan ekosistem lautan. -Rantaian makanan di laut terjejas. -Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik. -Mengancam terumbu karang. 3
Nombor soalan tepat ditulis