BAB 3 3.1
FUNGSI PETEMPATAN Jenis Petempatan
-Petempatan bermaksud kawasan tempat tinggal penduduk. Petempatan merangkumi persekitaran sosial dan kegiatan ekonomi. -Petempatan terbahagi kepada dua jenis iaitu petempatan sementara dan petempatan kekal. Contoh petempatan sementara adalah perumahan pekerja fkontrak binaan, petempatan pelarian dan petempatan pelombong. Contoh petempatan kekal adalah kampung, pekan dan bandar.
Petempatan Luar Bandar -Petempatan luar bandar merupakan kawasan petempatan yang ekonomi berasaskan pertanian dan mempunyai kemudahan awam yang minimum. Jumlah fpenduduk di luar bandar kurang daripada 10000 orang.
Fungsi Petempatan Luar Bandar -Pusat mengumpul dan memproses hasil pertanian. -Pusat mengumpul dan memproses hasil perikanan dan penternakan. -Membekalkan hasil makanan. Sebagai pusat ekopelancongan. -Membekalkan sumber bahan mentah kepada industri. -Menyediakan kemudahan awam yang asas kepada penduduk. -Melaksanakan urusan kerajaan seperti oleh MADA dan FELDA.
Faktor Mempengaruhi Peletakan & Taburan Petempatan Luar Bandar -Bentuk muka bumi yang pamah kerana sesuai untuk kegiatan pertanian. -Berhampiran dengan sungai, mudah memperoleh sumber air dan sumber ikan. -Faktor tanih aluvium yang subur untuk menanam padi. -Darjah ketersampaian yang tinggi, seperti di sepanjang jalan raya dan sungai. -Faktor keselamatan, mendirikan petempatan di lokasi yang selamat. -Faktor dasar kerajaan seperti tanah rancangan FELDA.
Petempatan Bandar -Petempatan bandar merupakan kawasan petempatan yang mempunyai ciri-ciri moden dari segi kegiatan ekonomi, kemudahan awam dan mempunyai fpenduduk yang ramai iaitu melebihi 10000 orang.
Fungsi Petempatan Bandar -Sebagai bandar pelabuhan seperti Klang dan Pasir Gudang. -Sebagai bandar perindustrian seperti Petaling Jaya dan Shah Alam. -Sebagai bandar pelancongan seperti Melaka. -Sebagai bandar pendidikan seperti Bandar Baru Bangi. -Sebagai bandar diraja seperti Kuala Kangsar dan Pekan. -Sebagai bandar Satelit seperti Petaling Jaya dan Senawang. -Sebagai bandar pertahanan seperti Port Dickson dan Lumut. -Sebagai bandar pentadbiran seperti Putrajaya. -Sebagai bandar sempadan seperti Tebedu dan Rantau Panjang.
Faktor Mempengaruhi Peletakan & Taburan Petempatan Bandar -Bentuk muka bumi yang pamah memudahkan kegiatan ekonomi dijalankan. -Berhampiran dengan muara sungai sebagai jalan perhubungan. -Berhampiran dengan pinggir laut untuk bandar pelabuhan. -Penemuan sumber mineral seperti Ipoh menjadi bandar perlombongan bijih timah. -Darjah ketersampaian tinggi seperti jaringan pengangkutan yang baik. -Dasar kerajaan mewujudkan bandar baru seperti putrajaya. -Dasar kerajaan membangunkan petempatan. -Keperluan untuk petempatan penduduk akibat kesesakan bandar seperti fpembinaan bandar Sunway.
Latihan Soalan Struktur 3.1 1) Nyatakan dua jenis petempatan. a) _____________________________
b) _____________________________
2) Berikan dua ciri petempatan luar bandar di Malaysia. a) ____________________________________________________________________________ b) ____________________________________________________________________________ 3) Mengapakah petempatan luar bandar penting sebagai pusat mengumpul dan memperoses hasil pertanian dan perikanan? ______________________________________________________________________________ 4) Nyatakan fungsi utama berdasarkan nama petempatan luar bandar dalam jadual di bawah. Padang Terap, Kulai, Kanowit Tumpat, Mukah, Kuala Penyu 5) Berikan dua ciri petempatan bandar di Malaysia. a) ____________________________________________________________________________ b) ____________________________________________________________________________ 6) Mengapakah Bintulu, Kerteh dan Miri boleh berkembang pesat? ______________________________________________________________________________ 7) Mengapakah sesetengan bandar berkembang pesat di pinggir laut dan muara sungai? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 19