2.3
Piramid Penduduk
-Piramid penduduk ialah graf yang menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan jantina di sesebuah negara. -Piramid penduduk dapat menunjukkan keadaan kependudukan sesebuah negara dan merancang persediaan kemudahan awam dan peluang pekerjaan.
Piramid Progresif (Contoh Negara Penduduk Berlebihan: Bangladesh, Filipina, Kenya) Lelaki
Perempuan
CiriCiri-Ciri Kependudukan / Demografi : -Berbentuk segi tiga. -Tapak yang lebar dan puncak yang tajam. -Kadar kelahiran dan kadar kematian tinggi. -Kadar pertumbuhan penduduk tinggi. -Golongan umur muda paling ramai. -Golongan umur tua paling sedikit. -Jangka hayat penduduk pendek.
Kesan Negara Penduduk Berlebihan : -Kadar kematian dan kadar kelahiran tinggi. -Kadar buta huruf tinggi. -Kadar pengangguran tinggi -Tahap teknologi rendah. -Taraf hidup rendah, masalah perumahan. -Kemudahan sosial tidak lengkap.
Langkah Mengatasi Kesan : -Dasar kerajaan meningkatkan taraf pendidikan. -Mengadakan kempen kesedaran perancangan keluarga. -Dasar kerajaan mengehadkan bilangan anak. -Pemodenan pertanian meningkatkan makanan. -Galakan pelaburan asing menyediakan peluang pekerjaan.
Piramid Peralihan (Contoh Negara Kurang Penduduk: Kanada, Australia, Amerika Syarikat) Lelaki
Perempuan
CiriCiri-Ciri Kependudukan / Demografi : -Berbentuk botol. -Tapak dan puncak piramid yang kecil. -Kadar kelahiran dan kadar kematian rendah. -Kadar pertumbuhan penduduk rendah. -Jangka hayat penduduk tinggi. -Golongan umur muda sedikit. -Golongan dewasa paling ramai.
Kesan Negara Kurang Penduduk : -Kekurangan tenaga kerja. -Penerokaan sumber terhad. -Pasaran tempatan menjadi kecil. -Orang tua kurang produktif bertambah. -Kerajaan terpaksa bayar pencen tinggi. -Kerajaan terpaksa menyediakan banyak kemudahan sosial kepada orang tua.
Langkah Mengatasi Kesan : -Dasar kerajaan membawa masuk pekerja asing. -Meningkatkan teknologi seperti guna mesin untuk ganti tenaga kerja. -Menggalakkan golongan wanita untuk bekerja. -Melanjutkan umur bersara. -Kerajaan memberi insentif untuk meningkatkan kadar kelahiran.
Piramid Stabil (Contoh Negara Penduduk Optimum: Sweden, Belanda, Norway) Lelaki
Perempuan
CiriCiri-Ciri Kependudukan / Demografi : -Berbentuk silinder. -Kadar kelahiran dan kadar kematian rendah. -Kadar pertumbuhan penduduk hampir 0%. -Jangka hayat penduduk tinggi. -Bilangan penduduk lelaki dan wanita hampir sama. -Golongan umur muda sedikit. -Golongan umur tua ramai.
Kesan Negara Penduduk Optimum : -Kekurangan tenaga kerja. -Penerokaan sumber terhad. -Pasaran tempatan menjadi kecil. -Orang tua kurang produktif bertambah. -Kerajaan terpaksa bayar pencen tinggi. -Kerajaan terpaksa menyediakan banyak kemudahan sosial kepada orang tua.
Langkah Mengatasi Kesan : -Dasar kerajaan membawa masuk pekerja asing. -Meningkatkan teknologi seperti guna mesin untuk ganti tenaga kerja. -Menggalakkan golongan wanita untuk bekerja. -Melanjutkan umur bersara. -Kerajaan memberi insentif untuk meningkatkan kadar kelahiran.
Piramid Terganggu (Contoh Negara : Rusia, Botswana) Lelaki
Perempuan
CiriCiri-Ciri Kependudukan / Demografi : -Tidak mempunyai bentuk yang tertentu. -Golongan dewasa umur 45-an ke atas amat kurang. -Jumlah penduduk perempuan lebih ramai berbanding dengan penduduk lelaki.
Faktor Mempengaruhi : -Faktor peperangan. -Faktor wabak penyakit seperti AIDS. -Polisi kerajaan.
Latihan Soalan Struktur 2.5 1) Nyatakan dua kepentingan piramid penduduk bagi sesebuah negara: a) _________________________________ b) _________________________________ 2) Berdasarkan struktur umur pada jadual di bawah, nyatakan jenis piramid penduduk yang berkaitan. a) Kumpulan umur muda (0 — 14 tahun) paling ramai b) Kumpulan umur dewasa (15 — 64 tahun) paling ramai c) Kumpulan umur tua (65 tahun dan ke atas) ramai 3) Berikan sebab piramid peralihan dan piramid stabil mempunyai tapak yang kecil. a) __________________________ b) __________________________ 4) Mengapakah negara kurang penduduk dan negara penduduk optimum menghadapi masalah yang hampir sama? a) ____________________________________________________________________________ b) ____________________________________________________________________________ 5) Bagaimanakah sesebuah negara dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ 6) Tuliskan faktor piramid penduduk di negara penduduk berlebihan adalah berbentuk segi tiga. _____________________________________________________________________________ 7) Mengapakah piramid penduduk sesebuah negara menjadi piramid terganggu? _____________________________________________________________________________ 14