Nota pecutan geo spm 2013

Page 53

Petempatan Kekal 2 Jenis Petempatan

Petempatan Sementara

Faktor Mempengaruhi Lokasi Petempatan Luar Bandar -Faktor bentuk muka bumi yang pamah, kerana sesuai dengan kegiatan pertanian. -Di kawasan tanah beralun sesuai dengan penanaman kelapa sawit dan getah. -Di kawasan tepi sungai dan pinggir laut untuk kegiatan perikanan. -Faktor tanih aluvium mewujudkan petempatan luar bandar untuk penanaman padi. -Dasar kerajaan, seperti kewujudan kampung baru. -Pembukaan tanah rancangan oleh governan. -Faktor darjah ketersampaian, petempatan luar bandar yang berhampiran dengan jalan raya. Fungsi Petempatan Luar Bandar -Pusat pengeluaran hasil pertanian, sumber makanan. -Pusat pengumpulan hasil pertanian. -Pusat pemprosesan hasil pertanian. -Membekalkan bahan mentah kepada industri, seperti kelapa sawit. -Sebagai pusat pelancongan, mempunyai pemandangan yang indah seperti sungai dan air terjun. -Sebagai pusat pentadbiran, seperti terdapat pejabat daerah. -Sebagai pusat industri desa seperti industri tembikar dan batik.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Peletakkan & Taburan Bandar -Faktor bentuk muka bumi yang rata dan luas. Ini memudahkan kegiatan ekonomi dijalankan. -Faktor dasar kerajaan. Contohnya, Putrajaya dijadikan sebagai bandar pentadbiran. -Faktor sumber mineral. Contohnya, Miri menjadi bandar kerana perlombongan petroleum. -Faktor sejarah. Contohnya, Pulau Pinang dan Melaka dijajah oleh British. -Faktor kemudahan pengangkutan. Pembinaan lebuh raya memajukan kawasan terpencil. -Dasar ketersampaian tinggi, memudahkan mobiliti penduduk.

Fungsi Bandar -Sebagai pusat pentadbiran, terdapat banyak jabatan kerajaan. -Sebagai pusat perkhidmatan. -Sebagai pusat pendidikan, terdapat universiti seperti Bandar Baru Bangi. -Sebagai pusat perniagaan dan perdagangan, terdapat bank dan tempat membeli-belah. -Sebagai bandar pelabuhan seperti di Pulau Pinang dan Klang. -Sebagai bandar diraja seperti Kuala Kangsar, Pekan, Seri Menanti, Arau. -Sebagai bandar pertahanan seperti Port Dickson, Lumut dan Butterworth. -Sebagai bandar satelit untuk mengurangkan kesesakan bandar. -Sebagai bandar ICT seperti Cyber Jaya.

53


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.