Kepentingan Tumbuhan Dalam Ekosistem Hutan Hujan Tropika : 1) Membekalkan oksigen. 2) Menyerap karbon dioksida. 3) Merupakan kawasan tadahan air. 4) Membekalkan sumber makanan dalam rantaian makanan. 5) Mengekalkan kelembapan udaran. 6) Mencegah hakisan tanih. 7) Sebagai habitat hidupan liar. Ciri-Ciri Hutan Paya Bakau :
Akar Ceracak
Akar Jangkang
-Berakar jangkang supaya pokok tidak tumbang. -Berakar ceracak untuk bernafas. -Kurang spesies pokok kerana keadaan kemasinan yang tinggi. -Di pinggir laut yang bertanih lumpur. -Di kawasan bersaliran buruk
Kepentingan Hutan Paya Bakau : 1) Membekalkan oksigen. 2) Menyerap karbon dioksida. 3) Mencegah hakisan ombak. 4) Habitat hidupan akuatik seperti ikan dan ketam. 5) Merupakan zon penampan kepada ribut. 6) Menghasilkan sumber makanan dalam ekosistem. Pembandingan Hutan Hujan Tropika dengan Hutan Paya Bakau : Hutan Hujan Tropika
Hutan Paya Bakau
Paling banyak spesies tumbuhan
Paling kurang spesies tumbuhan
Di kawasan tanah pamah dan bersaliran baik
Di pinggir laut dan bersaliran buruk
Terdapat empat lapisan tumbuhan
Terdapat satu lapisan tumbuhan
Terdapat hidupan daratan sahaja
Terdapat hidupan daratan dan akuatik
Kepentingan Hutan/ Tumbuhan Kepada Pembangunan Negara : 1) Membekalkan sumber kayu. 2) Membekalkan bahan mentah kepada industri perabot dan pembinaan. 3) Menyediakan peluang pekerjaan, seperti pembalakan. 4) Hutan sebagai pusat pelancongan menarik pelancong asing. 5) Menambahkan pendapatan negara dengan eksport kayu balak. 6) Menghasilkan sumber perubatan dan herba seperti tongkat ali.
39