Nota pecutan geo spm 2013

Page 29

Lembangan Amazon

Garisan Khatulistiwa

Malaysia Di Asia Tenggara

Lembangan Congo

Peta: Kawasan Khatulistiwa Di Dunia

Ciri-Ciri Iklim Khatulistiwa: -Panas & lembap sepanjang tahun. -Min suhu tinggi, 27° C. -Hujan tahunan melebihi 2000 mm. -Julat suhu tahunan kecil, kurang daripada 2° C -Tiada musim kemarau. -Contoh negara : Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei. -Terdapat hutan hujan tropika yang malar hijau.

Pengaruh Iklim Khatulistiwa Terhadap Kegiatan Manusia Di Malaysia: -Banyak kegiatan pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun, seperti kelapa sawit dan getah. -Kegiatan perikanan dapat dijalankan sepanjang tahun di pantai barat Semenanjung Malaysia. -Perikanan tidak dapat dijalankan pada musim tengkujuh di pantai timur Semananjung Malaysia kerana tiupan Angin Monsun Timur Laut. -Nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia membaiki bot dan pukat semasa musim tengkujuh. -Banyak pelancong dapat menikmati cuaca yang panas dan cerah di Malaysia. -Kegiatan pembalakan dapat dijalankan kerana mempunyai hutan hujan tropika yang luas. -Hujan yang lebat di Malaysia akan mempengaruhi kegiatan seperti menuai padi, menoreh getah tidak dapat dijalankan.

29


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.