Nota murid lemah geo spm

Page 1

Faktor / Sebab / Mengapakah -Bentuk muka bumi pamah dan rata memudahkan kegiatan dijalankan. -Dasar kerajaan memberi galakan seperti bantuan modal. -Jaringan pengangkutan yang baik seperti jalan raya. -Buruh mencukupi, ramai buruh mahir. -Tahap teknologi tinggi seperti guna jentera dan mesin canggih. -Permintaan tinggi kerana pertambahan penduduk. -Berhampiran dengan sungai, berhampiran dengan pantai. -Darjah ketersampaian tinggi, kekayaan sumber mineral. -Tanih aluvium yang subur, suhu tahunan tinggi, hujan tahunan tinggi. -Peluang pekerjaan banyak, kadar upah tinggi, peluang pendidikan banyak. -Tahap pendidikan tinggi, umur kahwin lewat, mengadakan perancangan keluarga. -Tahap pendidikan rendah, umur kahiwn muda, tiada amalan perancangan keluarga.

Kepentingan /Sumbangan /Kebaikan /Faedah /Kesan Positif -Menambah pendapatan negara, menambah peluang pekerjaan. -Meningkatkan taraf hidup penduduk. -Memajukan jaringan pengangkutan. -Memajukan petempatan luar bandar. -Menyediakan bahan mentah kepada industri dan sumber makanan. -Membekalkan gas oksigen, menyerap gas karbon dioksida. -Sebagai habitat flora dan fauna, kawasan tadahan, menyederhanakan suhu. -Meningkatkan mobiliti penduduk, meningkatkan darjah ketersampaian. -Meluaskan pasaran, memajukan sektor pelancongan. -Menjimatkan masa perjalanan, menghantar barangan kilang cepat. -Membolehkan siaran langsung, meramal cuaca dengan tepat. -Mengurangkan pencemaran udara, mengurangkan kesesakan lalu lintas. 1


Kesan / Masalah / Impak / Risiko -Berlaku hakisan tanih, tanah runtuh, pencemaran air, suhu meningkat. -Kemusnahan habitat flora dan fauna, rantaian makanan terjejas, ekosistem terjejas. -Asap kenderaan dan kilang menyebabkan pencemaran udara, jerebu, hujan asid. -Sungai menjadi cetek, berlaku banjir kilat. -Berlaku pencemaran air, hidupan akuatik terancam, ekosistem lautan terjejas. -Berlaku pulau haba, hujan asid, peningkatan suhu, kesan rumah hijau. -Menjejaskan kesihatan manusia, nyawa terkorban, kemusnahan harta benda. -Kekurangan tenaga buruh, pasaran tempatan terhad. -Buta huruf tinggi, tahap kesihatan rendah, sumber makanan tidak mencukupi. -Masalah setinggan, masalah sosial meningkat, banyak kes jenayah.

Langkah / Usaha / Cadangan / Bagaimanakah -Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. -Mengadakan kempen kesedaran cintai alam sekitar. -Memberi pendidikan alam sekitar. -Mengadakan kempen kitar semula. -Mengadakan taman negara, mengadakan taman laut, penanaman semula pokok. -Mewujudkan kawasan hijau, memajukan pengangkutan awam berkuasa elektrik. -Mengadakan penyelidikan dan pembangunan. -Penanaman bergilir-gilir, penanaman berjalur, guna baja organik. -Menanam tutup bumi, membina teres, membina tembok batu. -Meluaskan sungai, meluaskan parit, mengadakan gotong-royong . -Meningkatkan tahap teknologi, membawa masuk buruh asing. -Meningkatkan tahap pendidikan, pemodenan kaedah pertanian. -Membina empangan, bina loji merawat semula sisa air, simpan dan guna air hujan. -Guna tenaga mesra alam seperti tenaga suria, mengadakan kempen kongsi kereta.

2


Fungsi / Potensi / Peranan -Sebagai pusat ekopelancongan, pusat agropelancongan, pusat perikanan. -Sebagai pusat pengeluaran hasil pertanian, pusat industri desa. -Sebagai pusat pentadbiran, pusat pengangkutan, pusat perkhidmatan. -Sebagai pusat kesihatan, pusat keselamatan, pusat petempatan. -Sebagai bandar perindustrian, bandar perniagaan. -Sebagai bandar diraja, bandar pelabuhan. -Sebagai bandar satelit, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan perumahan.

Ciri-Ciri Tumbuhan / Hutan -Malar hijau, berkayu keras, berakar banir, mempunyai empat lapisan. -Daun gugur pada musim kering, tumbuhan lantai hutan padat, tiga lapisan tumbuhan. -Malar hijau, berkayu lembut, daun halus, satu lapisan tumbuhan. -Berakar jangkang, berakar ceracak, satu lapisan tumbuhan.

Ciri-Ciri Piramid Penduduk / Kependudukan/ Demografi -Kadar kelahiran tinggi, kadar kematian tinggi, kadar pertumbuhan penduduk tinggi. -Kadar kelahiran rendah, kadar kematian rendah,kadar pertumbuhan penduduk rendah. -Golongan umur muda ramai, golongan umur tua ramai. -Golongan umur muda sedikit, golongan umur tua sedikit. -Golongan dewasa paling ramai.

www.facebook.com/bukugeo 3


4

Pelabuhan Klang

Tanah Tinggi Cameron

Pulau Langkawi

Padang Besar

Gemas

Tumpat

Pulau Tioman

Pekan

Kuantan

Kerteh

Taman Negara

Kuching

Sibu

Bintulu

Gua Niah

Miri Gua Mulu

Pulau Labuan

Kota Kinabalu

Kudat

Tawau

Sandakan


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.