IN PROGRESS : Tiga Puluh Lima Tahun di Negara Uncle Sam

Page 1










tiga puluhl ima tahun Di Negara Uncle Sam

“Tiga Puluh Tahun di Negara Uncle Sam” adalah perjalanan hidup seorang Anak Melayu di bumi asing dari tahun 1990 hingga 2020. Mohd Zaidi Mohd Zaid, pertama kali menjejak kaki di Amerika Syarikat sewaktu beliau berumur 18 tahun dan telah terpisah dari sanak saudara sehinggalah beliau terpanggil untuk kembali ke tanah tumpah darah, memeluk ibunda tercinta.


tiga puluh lima

TAHUN DI NEGARA UNCLE

SAM



Let’s have your own handwriting here. Write a nice message, take a picture and send it to me.

Untuk Ayah dan Mak, Haji Mohd Zaid Haji Someone, Hajah Someone Haji Someone.

Mohd Zaidi Mohd Zaid

001


Please check spelling, etc. For corrections, copy from here and paste it on your MS Notepad, and send it back to me. Good luck with quotes. Let me know if I can assist further.

HIDUP DI JALANAN Reno, 1992

004


T

idurku sering kali terganggu. Memang tidak selesa di atas bangku kayu yang cuma lebih kurang empat kaki panjang dua kaki lebar. Di tambah dengan ketiadaan bantal, serta tempat letak lengan di kiri dan kanan bangku, membuatkan aku tidak dapat meluruskan kaki sepenuhnya, terpaksa meletakkan kaki di atas tempat rehat lengan itu. Waktu itu pertengahan musim panas, namun suhu di waktu lewat malam dan awal pagi agak sejuk, kadang-kadang kurang dari sepuluh darjah celcius. Kedinginan air sungai yang mengalir tidak jauh dari tempat aku berbaring juga membuatkan aku rasa bertambah sejuk. Namun kepenatan akibat kurang tidur selama berminggu-minggu, membuatkan aku terlelap juga. Sesekali aku terjaga, bimbang jika sesuatu perkara tidak diingini berlaku kerana tidur di tempat terbuka seperti itu. Walaupun bangku itu agak tersembunyi dari laluan utama, di bawah jambatan kecil untuk pejalan kaki merentas sungai untuk ke taman yang merupakan pulau di tengah sungai, aku tetap perlu berwaspada. Terlintas di fikiranku, jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku, mungkin tidak ada sesiapa yang tahu. “Awak tak boleh tidur di sini!” Tiba-tiba aku dikejutkan oleh renjer taman yang meronda dengan basikal. “Taman ini ditutup waktu malam. Lagipun tak selamat untuk awak tidur di sini.” “Maaf. saya terlelap tadi,” aku menjawab. Renjer itu tidak tahu aku tiada tempat tinggal tetap dan hidup di jalanan, kalau dia tahu mungkin dia akan bertindak lebih tegas. Mungkin aku akan diberi amaran supaya tidak lagi tidur di situ selepas ini. Memang tempat itu tidak selamat untuk tidur, tetapi ketika itu aku sudah tiada pilihan lain. Pernah pada satu malam aku tidur di landasan masuk ke garaj parkir yang sudah lama ditutup. Aku terjumpa satu selimut di situ. Bila aku bersedia untuk tidur, seorang lelaki berkulit hitam, yang tidak aku sedari berada berdekatan, memberitahuku selimut itu kepunyaannya. Tetapi dia bermurah hati dan membenarkan aku menggunakan selimut tersebut untuk malam itu. Daripada keadaannya yang dapat ku lihat, dia mungkin sudah lama hidup di jalanan. Sudah lebih sebulan aku tiba di bandar ini. Aku tidak mempunyai kerja dan pendapatan untuk menampung diriku. Begitu pun aku tetap berusaha menjaga kebersihan diri sebaik mungkin supaya tidak kelihatan seperti gelandangan. Ini penting untuk membolehkan aku bergaul dengan masyarakat di bandar ini dan tidak kelihatan seperti sampah masyarakat. Taman itu terletak berdekatan dengan stesen bas ekspres Greyhound, yang dibuka 24 jam. Aku selalu menggunakan bilik air dan tandas di situ. Ruang penumpangnya disediakan tempat duduk dan televisyen skrin besar tetapi sentiasa diawasi oleh pekerja supaya tidak dijadikan tempat lepak gelandangan, ataupun tempat jual beli dadah.

005


BEBANAN BERKURANGAN BILA ADA KAWAN DI WAKTU SUSAH

S

elain perpustakaan, aku juga banyak meluangkan masa di lounge sebuah kasino sambil menonton acara sukan, terutamanya selepas jam enam petang apabila perpustakaan ditutup. Semasa di situ, aku mengenali kawanku, Russ Montalbo. Russ dilahir dan dibesarkan di Hawaii. Berumur awal 50-an. Russ mudah dicam dengan rambut ikal besarnya, fesyen Afro. Dia bekas seorang tentera Amerika yang pernah dihantar bertugas ke Thailand selepas perang Vietnam. Sekali-sekala Russ mengajakku ke apartmennya. Di situ aku dapat menggunakan bilik air untuk mandi dan berehat seketika. Russ selalu menceritakan pengalamannya semasa bertugas di Thailand. Walaupun dia tidak pernah dihantar ke medan perang di Vietnam, tetapi kemungkinan untuk dihantar sentiasa ada pada masa itu. Antara tugasnya ialah menjaga kem pelarian warga Vietnam. Aku tidak bertanya bagaimana keadaan kem pelarian itu. Tentunya amat teruk. Tentunya tidak ada sesiapa dengan secara sukarela akan tinggal di kem pelarian. Semasa di Thailand, Russ mempunyai seorang teman wanita Thai. Daripada teman wanitanya itu dia mendapat sedikit sebanyak merasai pengalaman cara hidup orang Thailand. “Aku pernah cuba mengayuh beca roda tiga. Aku ingat mudah, tapi amat susah untuk mengawal beca. Sangat berlainan daripada mengayuh basikal. Aku nyaris masuk ke dalam longkang beberapa kali,” ceritanya. Russ juga sering menceritakan tentang kehidupan masa mudanya di Hawaii. Hidupnya banyak dihabiskan di kawasan pantai. Kegemaran utama Russ ialah bermain sukan lucur ombak, atau surfing. Hampir setiap hari dia bermain surfing. “Kadang-kadang aku menolak dan terbalikkan papan surfing siapa-siapa yang tidak mengikut etika surfing. Surfing ini macam trafik di jalan raya, ada yang perlu diberi laluan utama,” katanya. Kami selalunya mendengar muzik ataupun menonton acara sukan semasa aku di apartmen Russ. Muzik yang diminati Russ ialah muzik rock, terutamanya pemain gitar terkenal, Carlos Santana, dan juga kumpulan

010


The Beatles. Aku juga sering membaca buku bila aku lepak di situ. Ketika itu aku membaca buku ‘The Firm’, yang ditulis oleh seorang peguam yang menjadi penulis terkenal, John Grisham. “Bagaimana kau boleh mengingati jalan cerita bila kau tidak membaca buku itu dengan berterusan?” tanya Russ. “Saya hanya perlu ingat jalan cerita utama,” jawabku. “Saya tak perlu ingat semuanya dengan terperinci.” “Kalau kau ada apartmen sendiri tentu kau akan lebih banyak membaca,” katanya. “Belum tentu,” jawabku. “Sekarang ini saya ada banyak masa untuk membaca.” Russ bermain poker kecil-kecilan hampir setiap hari di beberapa kasino di bandar ini. Impian besarnya ialah untuk memasuki pertandingan poker ‘World Series’, di Las Vegas. Pertandingan poker itu ialah yang terbesar di dunia, dan memerlukan sepuluh ribu dollar bayaran masuk. Hadiah pertama ialah sebanyak sejuta dollar. Beribu orang bertarung dalam pertandingan itu, yang diadakan setiap tahun di Las Vegas. Bayaran tinggi itu tidak menjamin apa-apa. Mungkin terus kalah sebelum setengah jam pertama. Tetapi ramai yang mengidam untuk memasuki pertandingan itu. Ramai yang ada impian untuk menang satu juta dollar. Keinginan utamaku sekarang mudah sahaja, untuk mencari kerja. Tapi sebelum itu aku mesti mendapatkan lesen atau kad pengenalan, dan aku tidak mempunyai apa-apa dokumen yang aku perlukan untuk membolehkanku mendapatkan lesen. Lesen ku masih aktif di dalam sistem komputer di California Department of Motor Vehicles. Malangnya lesenku itu telah hilang entah di mana. Pada waktu begini aku sering teringat tentang cerita kiasan yang pernah ku baca semasa di sekolah rendah. Ceritanya berkenaan dengan seorang yang bertaruh dia boleh bertahan tinggal di atas puncak gunung di waktu malam bila suhu mencecah jauh di bawah paras beku, tanpa makanan dan unggun api serta khemah. Untuk menolongnya, seorang kawannya akan menghidupkan unggun api di puncak lain yang tidak berapa jauh dari situ, di mana dia dapat melihat api itu, tetapi tidak akan merasakan bahangnya. Pada malam tersebut, dia melihat api itu dan membayangkan kepanasan bahangnya, membayangkan bunyi kayu dibakar di dalam mindanya, membayangkan warna-warna api merah, oren, biru dan putih yang begitu panas. Dengan cara itu, dia dapat bertahan sepanjang malam itu. Aku rasa daripada satu segi situasiku ada persamaan dengan situasi orang itu. Walaupun aku begitu jauh dari penyelesaian kepada masalah yang kualami ketika ini, aku masih merasa api yang membakar semangat dari dalam jiwaku. Itulah yang membuat aku terus melangkah ke hadapan.

011


KITARAN TELAH PUTUS

012


A

ku mendapat kerja sementara yang pertama ku di bandar ini melalui kawan ku, Jonas Johnson. Dia hampir sebaya dengan ku, pertengahan 20-an. Seperti kawan ku Russ, Jonas juga seorang pemain poker, dan selalu berlegar di lounge tempat biasa aku lepak. Mukanya iras pelakon Corey Feldman. Dengan kacamata berbingkai hitam, dia kelihatan seperti seorang cerdik pandai. Dia juga pernah bertugas sebagai seorang askar, dan selepas tiga tahun berkhidmat, dia memasuki kolej komuniti dengan tajaan G.I. Bill, iaitu tabung pelajaran tentera Amerika. “Aku rasa tidak selesa belajar di tahun pertama masa umur 23, sedangkan rakan-rakan sekelas ku masih berumur 18 tahun,” Jonas memberitahuku. Selepas tahun pertama, dia berhenti belajar. Dia merayau dari satu bandar ke satu bandar. Di bandar ini pun mungkin dia berhenti untuk seketika sahaja. Jonas juga mempunyai impian untuk bermain poker secara profesional, dan aku harap dia berjaya mencapai impian itu, walaupun tidak mudah untuk menjadikan impian itu satu kenyataan. “Aku boleh mendapatkan kerja untukmu jika kau mahu,” satu hari Jonas memberitahuku. “Aku tak ada kad pengenalan,” jawabku. “Tak perlu. Kau ikut aku saja pagi esok,” katanya. Aku sangat gembira mendengar berita itu. Sebelum ini, aku sering mengambil mudah dengan pekerjaanku, baru kini kutahu nilai sebenar kerja, bukan hanya untuk mendapat gaji. Malam itu aku menumpang tidur di bilik sewa Jonas. Keesokannya aku mengikut Jonas ke tempat kerjanya. Ianya terletak tidak berapa jauh dari bilik sewanya. Tempat itu terletak di tingkat dua sebuah bangunan lama di pinggir lebuh raya yang asalnya merupakan sebuah mansion. Kini ia dijadikan pejabat. Aku duduk di hadapan sebuah meja di sebelah Jonas. Di atas meja itu ada telefon untuk setiap pekerja. Kami diberikan senarai soalan yang disertakan pilihan jawapannya, berserta senarai nama dan nombor telefon. Tugasku ialah untuk membaca soalan dan mencatit jawapan yang diberikan oleh mereka yang namanya berada dalam senarai itu. Ia merupakan satu tinjauan pendapat awam yang mungkin akan digunakan oleh parti politik. Itulah tugasku lapan jam sehari, selama dua hari. Seorang penyelia datang ke meja kami dan Jonas memperkenalkan aku kepada penyelia itu sebagai kawannya. Syarikat itu selalunya menggunakan pekerja sementara, dan itulah yang membolehkan ku bekerja di situ. Selepas tamat kerja keesokannya, aku dibayar seratus dollar untuk dua hari itu. Adalah sedikit ruang untuk ku menarik nafas. Tapi yang lebih penting kitaran tanpa perkerjaanku telah putus. Aku pernah juga pergi dengan seorang kawan ku ke tempat buruh harian untuk mencari kerja. Tempat itu ialah sebuah bangunan kecil berhampiran dengan hospital

013


Downtown Park - di sini lah aku tidur di bangku kayu pada tahun 1992 sewaktu aku tiada tempat tinggal tetap dan hidup di jalanan.

062


063


Ballpark, Reno, Nevada.

064


065


Kedai buku Barnes & Noble, Reno.

066


Wingfield Park, Reno.

067


068


Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles sebelum berlepas ke Malaysia.

069


Lebuhraya Interstate-80 di pergunungan Sierra Nevada.

070


Sungai Truckee mengalir melalui di tengah Reno.

071


Creek, berdekatan dengan Quincy, California.

072


073


Downtown Plaza, Reno.

074


075


Pemandangan dari Lebuhraya Portola, California.

076


Pejabat Pos di tebing Sungai Truckee, Reno.

077


078


Crescent Mills, California

079


DUIT SYILING DAN PISTOL LEROY

080


A

ku mengenali Robert ‘LeRoy’ Doak semasa aku singgah untuk melihat barang-barang yang dijualnya ketika itu dia mengadakan ‘yard sale’ di hadapan rumahnya. Barang-barang yang dijualnya termasuk pelbagai cendera mata dan gambar-gambar bintang filem dan penyanyi dalam koleksinya. Aku selalu berjalan di depan rumahnya untuk ke pusat bandar. Selalunya bila hari minggu dia meletakkan sebuah meja di hadapan rumahnya itu, dan di atas meja itu diletakkan barang-barang yang hendak dijualnya. LeRoy berumur akhir 60-an, tinggi mungkin melebihi 182cm, kurus kering, dengan kesihatan tidak berapa baik. Dia perlu menggunakan alat suara untuk bercakap disebabkan ada lubang pada lehernya. Lubang itu ialah dari pembedahan akibat kesan bahan kimia ‘agent orange’ semasa dia bertugas sebagai tentera dalam perang Vietnam.

“Die, please choose a nice quote to go here. Lorem ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.”

Selepas kembali ke Amerika dari medan perang, LeRoy menghadapi berbagai masalah kesihatan, dan selama beberapa tahun merayau dan merempat tanpa hala tuju, tanpa pekerjaan dan tempat tinggal. Akibat peperangan itu masih dirasakan oleh sesetengah bekas askar Amerika berpuluh tahun selepas perang tamat, dengan masalah fizikal dan mental. Sejak beberapa tahun lalu, LeRoy mempunyai pendapatan yang agak selesa, 3,000 dollar sebulan, yang dibayar oleh Veteran Administration untuk bekas-bekas tentera yang mengalami kecederaan semasa bertugas. LeRoy tidak pernah berkahwin. Sekarang dia menyewa tingkat bawah sebuah rumah sewa dua tingkat yang mempunyai tujuh bilik, dua di tingkat bawah dan lima di atas. Rumah itu dibina dengan rekabentuk Victorian, mungkin dalam tahun 60-an, dan kelihatan seperti tidak dijaga dengan baik oleh tuan punya. Seorang lagi penyewa menyewa sebuah bilik di bahagian bawah, dan beberapa orang penyewa tinggal di tingkat atas. Kebanyakan mereka adalah pesara atau pekerja-pekerja kasino yang berpendapatan rendah. Wa-

081


Aidilfitri 2019, Hari Raya pertama bersama keluarga selepas tiga dekad.



170



172


173


Tiga Puluh lima Tahun

di Negara Uncle Sam Edisi Pertama Jun 2022 Penulis + Penerbit Mohd Zaidi Mohd Zaid Bazuki Muhammad

DUMMY

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian terbitan “Tiga Puluh Lima Tahun di Negara Uncle Sam” dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman, dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta, Penulis dan Penerbit Mohd Zaidi Mohd Zaid, terlebih dahulu.

174



tiga puluhl ima tahun Di Negara Uncle Sam

“Tiga Puluh Tahun di Negara Uncle Sam” adalah perjalanan hidup seorang Anak Melayu di bumi asing dari tahun 1990 hingga 2020. Mohd Zaidi Mohd Zaid, pertama kali menjejak kaki di Amerika Syarikat sewaktu beliau berumur 18 tahun dan telah terpisah dari sanak saudara sehinggalah beliau terpanggil untuk kembali ke tanah tumpah darah, memeluk ibunda tercinta.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.