SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBU Seorang anak yang bersifat buruk kerana kehilangan seorang ayah. (Sifat buruk seorang anak ) Hari ini langit tidak lagi terpancar dan bersinaran seperti setiap hari yang bercahaya kerana hari ini ayah Safuan tidak lagi ada bersamanya. Ketika itu Safuan berusia 7 tahun, Safuan dan ibunya sangat sendu dan menitis air mata. Oleh kerana,ketika ayahnya masih menjiwai bersamanya mereka dapat kasih sayang sepenuh dari ayahnya. Begitulah apabila ayahnya meninggal dunia, mereka berdua seperti kehilangan cahaya dalam kehidupan. Hari demi hari kehilangan ayahnya dah cukup 5 tahun, di mana Safuan tinggal bersama ibunya dengan perasaan kesepian. Sekarang Safuan pun berusia 12 tahun, semenjak itu Safuan seperti anak yatim yang tidak mempunyai ayah di sisinya. Peninggalan ayahnya berubah Safuan bersifat buruk dan tanah dengan berfikiran negatif dalam kehidupannya. Sebelum kehilangan ayahnya, Safuan seperti seorang anak lelaki yang bersifat baik, lemah-lembut dan taat kepada ibu bapa. Namun kini, Safuan tidak lagi seperti dahulu yang bersifat sopan santun terhadap ibunya. Safuan hanya berlawan cakap ibunya tanpa rasa berdosa sanggup mengherdik ibunya sendiri hingga ibunya menitis air mata. Walau bagaimanapun ibu berkecil hati tetapi ibu ini tetap sayang anaknya sampai bila-bila Hari ini adalah hari pertama buka sekolah selepas bercuti selama dua bulan.juga tahun ini adalah tahun yang terakhir bagi peringkat sekolah rendah,mereka sangat bersedih apabila fikir tentang hari perpisahan kerana semua penuh dengan perasaan kasih sayang bersamanya. Lebih-lebih lagi Safuan suka berkawan, selepas kehilangan ayah yang tercinta menyebabkan Safuan tidak suka berada di rumah. Oleh kerana, apabila Safuan berada di rumah menyebabkan Safuan mempunyai perasaan tertekan kerana teringat ayahnya yang pernah mengandungi kenangan yang indah bersamanya di rumah ini. Selepas belajar, Safuan suka pergi berkawan dengan Hamdan dan Yusuf, kedua-dua orang ini ialah kawan sekolah yang mempunyai sifat buruk, suka membuli orang,malas belajar dan suka lawan perkataan guru ketika guru melaranginya.Begitulah menyebabkan Safuan berubah menjadi seorang yang berakhlak buruk seperti ini. Jiran sekampung suka berbandingkan antara Hafiz dengan Safuan kerana Hafiz ialah seorang anak lelaki yang berakhlak baik, suka menolong ibu bapa,rajin belajar dan bersopan santun kepada orang ketika bercakap dengan seseorang dan yang lebih hebat lagi Hafiz ialah seorang pelajar yang paling cemerlang dalam peringkat sekolah