kalam editor ukhti Sundusia Rosdi Sarjana Muda (Sejarah) Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Diploma Pasca-Siswazah Sains Perpustakaan, Universiti Wales, United Kingdom. Konsultan, Maktabah Rujukan Syed Ahmad Semait (SASRL) juga Editor, ar Risalah dan Jurnal Dakwah.
KALAM
EDITOR Assalaamualaikum wr wb pembaca budiman
Allah swt berfirman yang bermaksud “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya! (Surah Al-Zalzalah : 7-8) Alhamdulillah, ar Risalah keluaran ini menyentuh isu etika dalam Islam. Etika adalah nilai, tatacara juga prinsipprinsip akhlak atau moral. Etika Islam ada termaktub dalam banyak ayatayat al Quran, antaranya melalui gambaran amalan kehidupan Luqman al Hakim (Surah Luqman : 1319) yang berteraskan panduan tauhid, dilanjutkan dengan pesananpesanan beliau kepada anaknya seperti tidak mempersekutukan Allah (kerana syirik merupakan satu kezaliman terbesar). Luqman menekankan kepentingan ibubapa mendidik dengan akhlak yang mulia secara lembut. Etika Islam mewajibkan anak-anak menghormati dan mentaati kededua ibubapa serta dilarang menderhaka. Beliau juga mengingatkan bahawa kehidupan di dunia ini sentiasa dipantau Allah swt kerana semua amalan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Untuk menjadi manusia terbaik, Luqman menasihati agar kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah swt dengan menunaikan kewajiban solat. Surah Ali Imran :110 menjelaskan maksud ayat “… kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi kemaslahatan umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)”. Sentiasa bersikap tawaduk, merendah diri juga bersikap berbaik sangka bukan pada ucapan malah tindakan juga merupakan akhlak tuntutan Islam yang mengamalkan konsep “amar makruf nahi mungkar”. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang etika Islam menurut al Quran, ikuti perkongsian ilmu Ustaz Muhd Zuhal Abdul Lathif. Ramai kita yang sedar tentang kepentingan berakhlak baik lantaran kita sendiri mahu dihormati tetapi adakah kita mengamalkannya? Mengapa dan di mana silapnya? Ustazah Zhahirah Salleh akan menyorot aspek menarik ini. Kepesatan teknologi moden telah mempengaruhi kehidupan umat sejagat. Dalam kita memanfaatkan penggunaan dan kecanggihannya demi mendapat manfaat dunia,
janganlah pula kita lupa pada keterbatasannya dan tuntutan moral Islam yang wajib berlandaskan hukum hakam al Quran dan Hadis agar kita tidak terjerumus kepada perkara yang dimurkai Allah swt. Baru dan segar dalam perspektif Islam ialah makalah mengenai bioetika yang boleh di raih dari wahana ilmu Ustazah Siti Rahmah Mirza Abdul Karim. Begitu juga huraian etika berkaitan perniagaan dan etika bekerja menurut tuntutan Islam. Semua ini berkisar pada maksud mendapat rezki yang halal dan menjalani kehidupan yang barakah. Tidak dilupakan peranan antara asatizah kita yang menjadi ‘hero’ dalam menyemai nilai-nilai murni kepada para remaja Islam melalui kelas-kelas agama. Semoga sasaran masyarakat kita untuk meningkatkan bilangan remaja yang mengikuti kelas pendidikan Islam daripada 40% kepada 60% dalam beberapa tahun ini dapat direalisasikan. Justeru, ayuh kita sama-sama teladani sunnah Nabi Muhammad s.a.w. kerana akhlak beliau adalah al Quran. Wallahua’lam Sundusia Rosdi
1 A r -R i s a l a h is u 1 4