MEMORI TRAVELOG
naik dan turun dengan selamat atas bantuan Allah S.W.T. dan pengalaman juga kecekapan pemandu kami yang telah berusaha lebih awal mengikuti perkembangan ramalan cuaca harian untuk memilih hari terbaik bagi kami melawat Table Mountain. Selain Table Mountain yang diakui sebagai “Antara 7 Keajaiban Dunia Moden”, Cape Town memiliki 4 mercutanda atau ikon lain yang terkenal iaitu Cape Point, Light Houses, Cape of Good Hope (Tanjong Pengharapan), Seal Island & Penguin Colony dan Robben Island (tempat Mandela dipenjara selama 17 tahun). Pantai-pantai pesisiran Lautan Atlantik yang kami singgah termasuklah Boulders Beach, Hout Bay dan Camps Bay. Cape Point pula adalah kawasan Taman Negara dan banjaran gunung ganang tersusun menghadap Lautan Atlantik yang indah dijadikan juga sebahagiannya sebagai taman riadah. Pelawat boleh berjalan dan berkemah (hiking & camping) atau menaiki keretapi kabel untuk ke puncaknya bagi melihat pemandangan saujana lautan Atlantik dan pulau-pulau sekitarannya. Padang dan tumbuh-tumbuhannya berbagai jenis dan warna. Sememangnya banyak flora dan fauna unik yang tidak pernah kami ketahui dan hanya terdapat di bumi SA ini telah kami saksikan sendiri, melihat alam ciptaan Allah S.W.T. Namun yang paling menarik perhatian saya ialah tempat masyarakat Melayu asal Nusantara bermukim di Cape Town yang terletak di daerah bandar yang di panggil Bo Kaap (Cape Malay Quarters). Inilah fokus tujuan saya ke Afrika Selatan untuk berjumpa orang-orang Melayu Tanjung (Cape Malay), mahu melihat sendiri kawasan kediaman mereka, mengetahui latar sejarah, budaya dan kegiatan harian mereka, termasuk anutan aliran dan fahaman agama mereka.
ISLAM BERKEMBANG DI BUMI TANJUNG INI Pemandu lawatan kami ialah saudara Mogamat Toffar (sebutan ‘ha’ Mohamat dieja dengan ‘ga’)– seorang Muslim Melayu Tanjung, keturunannya berasal dari Pulau Jawa dan moyangnya pernah menjadi imam sebuah masjid di perkampungan Melayu Tanjung Bo Kaap. Mohamat adalah mantan jurugambarwartawan, dan antara kecemerlangan tugas beliau dahulu ialah membuat liputan peristiwa-peristiwa di sekitar pembebasan Nelson Mandela (tahun 1990) dan projek pembangunan semula estet perumahan daerah Bo Kaap. Menurut Mohamat di Cape Town sahaja terdapat hampir 100 masjid dan 18 pusat pengajian atau kebajikan Islam privet termasuk sebuah pusat khusus untuk orang cacat penglihatan. Alhamdulillah, rombongan kami sempat melawat dan bersujud di 4 buah masjid. Sejarah perkembangan Islam di Afrika Selatan bermula dengan ‘kedatangan’ Sheikh Yusuf Abdullah Al-Makasari (1626-1699) dari Makasar, Sulawesi Indonesia. Anak kelahiran Gowa, Sulawesi Selatan, semasa hayatnya mengangkat senjata menentang kerajaan Belanda. Menyedari hakikat ini, pihak Belanda telah mengasingkan Syeikh Yusuf bersama-sama pengikutnya ke Ceylon (Sri Lanka). Walaupun berada di Sri Lanka, Syeikh Yusuf tetap menghubungi pengikut-pengikutnya di Sulawesi. Beliau mengirim surat melalui pekerja-pekerja kapal Belanda yang berulang alik dari Sri Lanka ke Indonesia dan meminta pengikut-pengikutnya terus berjuang menentang penjajah Belanda hingga ke titisan darah terakhir. Kegiatannya ini sampai ke pengetahuan penjajah Belanda dan pada 2 April 1694, Syeikh Yusuf Abdullah berserta 49 anggota keluarga dan pengikut-pengikutnya ‘dibuang negeri’ ke Afrika Selatan dan ditempatkan di ladang Zanduliet dekat Cape Town.
28
Ar-Risalah 25 Edit.indd 28
19/4/18 10:10 AM