Features DATA MyGDI
Data Geospatial juga dikenali sebagai data spatial ataupun maklumat geografi. Ianya merujuk kepada maklumat semulajadi (natural) dan buatan manusia (man-made) serta sempadan di bumi yang dapat dikenalpasti lokasi geografinya. Data ini diperolehi melalui teknologi-teknologi pemetaan dan pengukuran, foto udara dan remote sensing. Data non-spatial pula adalah data berbentuk tekstual seperti data statistik, pemilikan dan hasil tanah, penilaian dan percukaian. Kategori Data MyGDI termasuklah :-
26
Maklumat yang terdapat dalam kategori ini adalah Peta Guna Tanah yang berasaskan kadaster termasuklah maklumat kediaman, perniagaan, industri, pendidikan, keagamaan, rekreasi, perkuburan serta kawasan pembangunan yang kebanyakannya disediakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan serta Pihak Berkuasa Tempatan.
Menunjukkan maklumat berkaitan sempadan hakmilik, sempadan pilihanraya, pelan perancangan, lot-lot tanah, penilaian harta dan demografi yang disediakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Perangkaan dan Pejabat Tanah dan Galian.
Merupakan data persempadanan kelas unit geologi dan kandungan mineral, maklumat hidrologi serta kejuruteraan geologi. Data-data tersebut disediakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains.
Built Environment
Demarcation
Geology
Hydrology
Hypsography
Soil
Meliputi data-data pesisiran pantai, struktur garisan pantai, perikanan, jeti dan pelabuhan, inland water body serta laut lepas. Data-data tersebut disediakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan dan Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pihak Berkuasa Tempatan.
Meliputi maklumat peta topografi pelbagai skala termasuk garisan kontor, embarkment, titik aras, lurah, cerun dan sebagainya. Data-data berkenaan disediakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan.
Mengandungi maklumat-maklumat berkenaan tanah seperti kesesuaian tanah, maklumat jenis tanah dan peta hakisan tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian.
MALAYSIAN TOWNPLAN