Features digunakan bagi projek-projek baru seperti Perancangan Universiti Commonwealth Malaysia pada tahun 1996. Sepanjang tempoh tersebut juga beberapa pegawai Jabatan telah melanjutkan pelajaran di luar negara mengikuti kursus GIS. Sekembali mereka tercetuslah hasrat untuk mengguna GIS di JPBD secara serius.
GIS PERANCANGAN BANDAR
Bidang perancangan bandar dan wilayah banyak menggunakan teknik peta tapisan dalam analisis perancangan dan manupulasi maklumat. Kegunaan GIS model ‘raster’ ini sesuai bagi Perancangan wilayah berskala makro. Perkembangan GIS model ‘vektor’ pada tahun lapan puluhan telah membawa dimensi baru dalam penggunaannya dalam bidang Perancangan Bandar. Dengan adanya model ini, data spatial bercorak tempatan telah dapat digunakan bagi tujuan penganalisaan dan pengurusan maklumat terperinci. Model ini lebih menarik kerana ia menyerupai data yang lazim dipakai untuk tujuan Perancangan Bandar. Pembangunan perisian GIS dan perkembangan pembangunan teknologi perkakasan telah sedikit sebanyak mempengaruhi sejarah penggunaan GIS di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD). BERMULANYA DI SINI
Penggunaan GIS di JPBD boleh disifatkan sebagai kebetulan pada tahun 1993. Ketika itu Jabatan sedang menyediakan konsep awal Perancangan Pusat Pentadbiran Persekutuan yang baru iaitu Putrajaya. Pusat pentadbiran tersebut kini sedang giat dibangunkan. Perunding yang turut sama terlibat dalam membuat Perancangan tersebut ialah IGD Consultant dan syarikat tersebut telah memperkenalkan perisian ‘MapInfo versi 1’ kepada sebahagian kecil kakitangan Jabatan
20
MALAYSIAN TOWNPLAN
disebabkan oleh ‘user friendly’nya bagi tujuan pemetaan mudah. Walaubagaimana pun, pada peringkat ini penggunaan perisian ‘MapInfo’ adalah bagi tujuan persembahan peta semata-mata dan tidak menggunakan unsur data kedua iaitu ‘atribute’. Pada tahun yang sama juga, Rancangan Tempatan Parit Buntar dan Bagan Serai mula disediakan. Dalam penyediaan tersebut, GIS telah dibangunkan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses penyediaan pelan-pelan di dalam Kajian Rancangan Tempatan. Di samping itu, data-data GIS telah diguna untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja Pihak Berkuasa Tempatan di dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan proses perancangan dan kelulusan permohonan kebenaran merancang. Sistem tersebut dikenali sebagai SMaRT (Sistem Maklumat Rancangan Tempatan) bagi Majlis Daerah Kerian, Perak. Pembangunan sistem tersebut dibuat sepenuhnya oleh perunding. Kakitangan sokongan Jabatan cuma dilatih kaedah memasukkan data sahaja. ‘VENDOR DRIVEN GIS’
Ekoran dari itu, JPBD telah dikunjungi oleh pengedar-pengedar perisian GIS. Antara perisian GIS yang didedahkan ialah seperti ‘Terrasoft’, ‘PA Maps’, ‘MapInfo’ dan ‘ArcInfo’. Beberapa pembelian perisian telah dibuat oleh beberapa unit di JPBD secara berasingan. Selepas itu perisian GIS telah
Dalam tender pada tahun 1995, perisian dan perkakasan GIS telah dibeli. Perisian ‘Arc/Info versi unix dan DOS’ telah diperolehi melalui tender tersebut. Pada tahun 1996 perancangan Multimedia Super Corridor (MSC) telah dimulakan dan pada waktu ini penggunaan perisian GIS bagi tujuan Perancangan teruji. Penggunaan GIS pada peringkat ini dibuat bersama dengan perunding Sepakat Sdn. Bhd. Pengendalian sistem memerlukan kemasukkan arahan garisan (line command) dan sistem operasi yang asing (unix) daripada kebiasaan telah mempengaruhi pengunaan di Jabatan. Disebabkan oleh kerumitan untuk mengendali perisian tersebut yang memerlukan kemahiran yang tinggi pada waktu itu dan bilangan unit yang terhad ianya tidak popular di kalangan kakitangan Jabatan. Pada waktu yang sama penggunaan perisian GIS, ‘MapInfo’ semakin berkembang di Jabatan walaupun tidak secara sistematik. Penggunaan Perisian GIS lain terpinggir disebabkan oleh kekurangan pengguna. Seperti juga kursus perisian komputer yang lain, Jabatan dari masa ke semasa juga menganjurkan kursus ‘MapInfo’ berkonsepkan rakan bimbingan dibuat mendedahkan penggunaan perisian tersebut oleh kakitangan yang pernah menggunakannya. Kandungan kursus hanya tertumpu kepada kaedah kemasukan data serta pemetaan dan melibatkan kumpulan sokongan sahaja. Potensi GIS tidak dieksplotasi sepenuhnya disebabkan kurangnya minat dan pengetahuan dari pegawai-pegawai peringkat Pengurusan dan Profesional pada waktu itu.