37
pelbagai pendapat oleh sarjana geografi dan perancangan bandar mengenai konsep wilayah-bandar raya sebagai fungsian arahan dan kawalan (command and control function) bagi meningkatkan sistem ekonomi negara. Idea dan konsep wilayah-bandar raya ini telah dikembangkan dengan melihat hubungannya dengan konteks globalisasi, ekonomi dan bandar raya global. Menurut SSCI dan IBSS 2010, sejak tahun 1990 hingga Ogos 2010 sejumlah !The Formula Not In Table artikel berwasit mengenai konsep wilayah-bandar raya telah ditulis dan kupas oleh sarjana-sarjana barat melalui buku, journal dan kertas kerja prosiding persidangan antarabangsa.
Setakat bulan Ogos 2010 sahaja, sejumlah 79,560 artikel mengenai wilayahbandar raya telah ditulis oleh sarjana ekonomi, geografi dan perancangan bandar. Konsep wilayah-bandar raya dalam kajian ini dibincangkan pada bahagian seterusnya. Selaras kajian dengan ini mengenai KGB, pengkaji cuba meneroka dan menganalisis ilmu ini melalui artikel-artikel terdahulu. Bagaimanakah penemuan kajian-kajian terdahulu mengenai governans bandar dan DPE wilayah-bandar raya boleh dijalinkan dalam konteks keefisienan? Adakah KGB boleh meningkatkan DPE wilayah-bandar raya? Persolan-persoalan cuba dibongkarkan dalam kajian ini. Melalui analisis SSCI dan IBSS 2010, penulisan artikel mengenai keefisienan kebanyakannya melibatkan kajian tenaga dan ekonomi sahaja. Artikel-artikel ini ditulis oleh sarjana sains teknologi dan ekonomi dengan jumlah artikel !The Formula Not In Table sejak tahun 1990 hingga kini. Berdasarkan kepada analisis SSCI dan IBSS 2010, carian Google dan Yahoo sehingga kini artikel mengenai konsep KGB masih belum ditulis oleh mana-mana pengkaji. Kebanyakan artikel mengenai keefisienan
berkaitan
dengan perkhidmatan awam, PBT, pengangkutan awam dan penyediaan kemudahan awam.
Namun begitu terdapat sejumlah 902 artikel mengenai keefisienan kerajaan boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk kajian ini. Jadual 2.1 menunjukkan analisis bilangan sorotan kajian-kajian ilmiah yang berwasit dari tahun 1990 - 2010 berkaitan dengan bidang kajian ini. Manakala Jadual 2.2 pula menunjukkan bidang khusus oleh sarjana-sarjana barat mengenai governans bandar yang mendasari penyelidikan ini. Bidang-bidang yang berkaitan dengan governans bandar oleh sarjana barat dan organisasi antarabangsa menjadi sumber rujukan kepada penyelidikan ini.