Proceedings HPBS 2010

Page 37

PROSIDING SEMINAR

HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2010

5. melaksanakan inisiatif penjanaan tenaga daripada bahan buangan (waste-to-energy) supaya dapat mengalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan mencapai tahap penggunaan tenaga yang lebih effisien;

6. mewujudkan ruang awam yang menarik di samping memupuk aktiviti kesenian, kebudayaan dan riadah bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk kosmopolitan;

7. meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam perancangan dan membuat keputusan; serta

8. perancangan berasaskan komuniti dan kejiranan.

KEDUA: DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA (NGTP), 2009 Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada Julai 2009, telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara yang bermatlamat untuk memastikan pelaksanaan pembangunan mampan dan memulihara alam sekitar melalui aplikasi tekologi hijau dalam agenda pembangunan negara. Dasar ini digubal atas kesedaran bahawa aplikasi teknologi hijau dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang digunakan oleh banyak negara untuk menangani isu tenaga dan alam sekitar secara serentak. Dasar Teknologi Hijau ini telah menggariskan empat (4) Tonggak utama iaitu:

ertama adalah tenaga, iaitu untuk mengelakkan kebergantungan P tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga; Kedua adalah alam sekitar, iaitu memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar; Ketiga adalah ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan Yang terakhir, sosial bagi meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Dasar Teknologi Hijau ini juga turut memberi tumpuan kepada 4 sektor utama iaitu Sektor Tenaga, Bangunan, Air dan Pengurusan Sisa serta Sektor Pengangkutan.

32


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Proceedings HPBS 2010 by R&D, JPBD - Issuu