MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN
Bidang Kuasa
Hierarki Pemimpin
Yam Tuan Besar/Yang Di-Pertuan Besar
Ketua Negeri
Memerintah Negeri. Bertitah dari Istana.
Undang Yang Empat memilih, melantik dan mengisytiharkan DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar. Boleh memecat Dato’ Lembaga yang didapati bersalah.
(Yam Tuan Besar / Yang Di-Pertuan Besar)
Hierarki Sosial Wilayah Adat
Raja. Dilantik oleh Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat.
Empat berundang dan lima berpenghulu di bawah satu Wilayah Adat. Mempunyai gelaran pesaka Adat dalam Luak masing-masing iaitu Dato’ Kelana dan Dato’ Shahbandar. Sungei Ujong tertakluk di bawah pentadbiran (Adat) Y.T.M. Dato’ Undang Yang Empat iaitu Y.T.M. Dato’ Kelana Petra. Berkuasa menolak calon Dato’ Lembaga yang dikemukakan oleh Buapak.
Undang/Penghulu
Luak / Negeri
Ketua Luak (Undang/Penghulu)
Lembaga
Digelar Dato’. Jawatan seumur hidup tapi boleh dipecat jika melanggar aturan Adat. Mentadbir Sukunya. Mengetuai fungsi sosial Sukunya (perkahwinan, kematian dan pengagihan serta penerokaan tanah baharu). Menyelesaikan pertelingkahan tanah pusaka. Pertelingkahan ahli Sukunya yang tidak dapat diselesaikan oleh Buapak. Menjatuhkan hukum ke atas penjenayah dalam Sukunya.
Kelompok Suku
Ketua Suku
(Dato’ Lembaga)
Kelompok seketurunan terbesar. Perhubungan darah sebelah ibu; atau anak angkat melalui proses ‘berkadim’. Pemilihan dan perlantikan ditentukan oleh Buapak mengikut bilangan Perut yang ada dalam sesuatu Suku dengan persetujuan Undang. Dato’ Lembaga baru harus dipilih sebelum Lembaga sebelumnya dikebumikan.
Buapak
Kelompok Perut
Berkuasa, berpengaruh dan berwibawa dalam segala hal berkaitan hal-hal luka, conget dan pecah berdarah dalam kelompok Perutnya, tidak termasuk kecacatan anggota badan. Menentukan giliran Perut. Anak buah Perut berkenaan akan kemukakan calon Lembaga. Kuasa yang terhad dalam pendakwaan sivil. Harus jaga kepentingan anak buah dan tunjuk teladan yang baik.
Ketua Perut (Buapak)
Seketurunan yang dikesan sehingga enam generasi ke atas. Buapak dipilih di kalangan saudara tertua daripada ibu dan mengikut giliran di kalangan Perut. Buapak dipilih oleh anak buah dan boleh dipecat. Ahli Perut tidak boleh ‘melangkah Buapak’.
Besar/Tua Ruang
‘Besar/Tua Ruang’ dipegang lelaki tertua. Kuasa terhad. Hanya menyelesaikan pergaduhan kecil di kalangan ahli Ruang. Perselisihan serius diserah kepada Buapak atau Dato’ Lembaga. Bertugas sebagai pegawai di Balai Lembaga. Mewakili Dato’ Lembaga dalam adat-istiadat dan penyelesaian nikah tidak lazim.
Kelompok Ruang
Ketua Kelompok Ruang
(Besar/Tua Ruang)
Mengandungi beberapa Rumpun. Seketurunan yang dikesan sehingga empat generasi ke atas. Boleh didenda dan dipecat jika didapati mengumpat dan memfitnah.
Kadim/Tua Rumpun
Mengurus dan mengendali adat-istiadat kelompoknya. Pendamai dalam konflik di kalangan kekeluargaannya. Memastikan ahli Rumpunnya hidup aman dan damai. Mewakili Rumpun dalam aktiviti luar dan pemilihan ‘Besar/Tua Ruang’.
Rajah 9:
Kelompok Rumpun
Ketua Kelompok Rumpun
Kelompok seketurunan paling kecil. Dapat dikesan sehingga ke nenek. Ketua adalah lelaki tua.
(Kadim/Tua Rumpun)
Struktur Pemerintahan dan Organisasi Sosial Mengikut Adat Perpatih
Sumber: Diolah oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dari Buku Negeri Yang Sembilan, 2010.
JPBD SM |
15