Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

Page 28

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

Ketua Suku atau Datoâ€&#x; Lembaga bertanggungjawab terhadap hal ehwal berkaitan harta pusaka dan pentadbiran tanah adat. Mengikut Adat Perpatih, sistem pembahagian adalah mendahulukan kaum wanita. Namun pada dasarnya, hanya harta pusaka iaitu tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita. Harta sepencarian adalah milik bersama yang dibahagi mengikut hukum Islam (faraid). Perut ialah unit sosio-politik terkecil yang berasal daripada satu moyang perempuan yang sama. Ketua Perut iaitu Buapak bertanggungjawab untuk menjaga maruah anak-anak buahnya, menguruskan istiadat keramaian serta urusan pembahagian harta pusaka. 2.3.2 Pentadbiran Melalui Adat Perpatih Adat Perpatih memperlihatkan Suku Biduanda atau Waris menggunakan sistem kekerabatan dalam pentadbiran. Dengan kata lain, hanya Suku Biduanda yang boleh dipilih sebagai pemimpin atau penghulu dan dikenali sebagai Undang. Jawatan ini hanya akan digilir di kalangan suku mereka sahaja bagi mengetuai empat Luak yang ada. Dalam perlantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pula, Undang Luak yang empat akan mengadakan mesyuarat dan hanya keturunan dari Raja Raden Ibni Raja Lenggang yang berhak dan sah dipilih sebagai Yam Tuan atau Yang Di-Pertuan Besar. Struktur Pemerintahan dan Organisasi Sosial Mengikut Adat Perpatih adalah seperti di Rajah 9.

14

| JPBD SM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan by R&D, JPBD - Issuu