MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN
2.2
PEMBENTUKAN AWAL SUNGEI UJONG
Sungei Ujong dikatakan mendapat nama dari peristiwa penebangan pokok Merbau Tua di Rembau. Keluarga Jakun yang ingin membuka sebuah perkampungan baru telah disuruh untuk meniti hingga ke hujung pokok itu. Besarnya pokok itu dikatakan menaungi hampir 10 buah kampung dan mengambil masa sebulan untuk ditebang. Pangkalnya pula boleh memuatkan hampir 12 dulang. Setelah sampai di hujung pokok itu, mereka pun membina petempatan. Hujung pokok itu terletaknya di hujung sungai. Dari situlah nama Sungei Ujong diperolehi. Penduduk asal di Negeri Sembilan pada awalnya adalah terdiri dari orang asli atau dikenali sebagai Orang Asal dari suku kaum Sakai, Semang dan Jakun yang hidup secara nomad iaitu berpindah randah, memburu dan mengutip hasil hutan.
Foto 5:
Rumah tradisional Orang Asli Jakun
Pada kurun ke 14, ramai perantau datang ke Negeri Sembilan dan kebanyakan mereka adalah orang-orang Minangkabau yang berasal dari Bukit Tinggi Padang, Sumatera. Mereka masuk melalui Selat Melaka dan petempatan mereka tertumpu pada mulanya di Rembau. Kemudiannya, mereka mewujudkan petempatan baru di Naning, dan juga Sungei Ujong.
10
| JPBD SM