Morfologi Bandar Seremban_Negeri Sembilan

Page 19

MORFOLOGI BANDAR SEREMBAN

1.3

LATAR BELAKANG BANDAR SEREMBAN

Negeri Sembilan terletak di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia dengan keluasan 6.645 kilometer persegi. Berdasarkan kedudukan geografi, Negeri Sembilan bersempadan dengan lima buah negeri lain iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, dan Pahang. Negeri Sembilan terdiri dari tujuh (7) daerah iaitu Jelebu, Jempol, Tampin, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah dan Seremban. Penduduk asal Negeri Sembilan pada awalnya merupakan orang-orang asli dari suku kaum Sakai, Semang dan Jakun yang hidup secara nomad iaitu berpindah randah dan menjalankan aktiviti memburu serta mengutip hasil hutan untuk kelangsungan hidup. Pada abad ke 14, perantau mulai datang ke Negeri Sembilan. Kebanyakan mereka adalah dari Minangkabau, Sumatera dan mereka masuk melalui Selat Melaka.

STRAITS OF MALACCA

Rajah 3:

Peta Negeri Sembilan

Bandar Seremban merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Sembilan. Bandar Seremban terdiri dari tujuh (7) mukim iaitu Bandar, Mukim Ampangan, Mukim Rasah, Mukim Seremban, Rantau, Mukim Pantai dan Mukim Labu. Keluasan keseluruhan Seremban ialah 14,355.32 hektar. Pada masakini, Pentadbiran Seremban adalah di bawah Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Negeri Mukim Mukim Bandar Bandar

Bandar Seremban terletak lebih kurang 76m di atas paras laut dan 30km dari pantai, dalam kawasan Lembah Sungai Linggi di kaki Banjaran Titiwangsa. Dari segi topografi, sebahagian besar daerah Seremban JPBD SM |

5


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.