Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Page 82

Morfologi Bandar Kuala Terengganu

4.4.3

Perubahan Guna Tanah Utama Kuala Terengganu

Daerah Kuala Terengganu merupakan daerah utama di Terengganu yang berkembang sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan negeri. Pada tahun 1995, hampir 70.0 peratus keluasan daerah telah didiami dan diusahakan (MPKT, 1997). Perkembangan Kuala Terengganu dapat dilihat dengan berlakunya perubahan guna tanah yang menunjukkan perkembangan -aktiviti ekonomi yang berlaku di daerah ini (Jadual 4.10 dan Rajah 4.9 – Rajah 4.13). Walau bagaimanapun, keluasan guna tanah Daerah Kuala Terengganu pada tahun 1955-2003 dan tahun 2009 adalah berbeza; di mana jumlah keluasan sebanyak 65,873.22 hektar dicatatkan pada tahun 1955-2003 dan 60,528.60 hektar pada tahun 2009. Faktor perubahan guna tanah ini berikutan kemasukan kawasan Bukit Payung ke dalam Daerah Marang selepas tahun 2003. Keluasan pada tahun 1955-2003 menggunakan sumber/pangkalan data yang diperoleh bagi Kajian Morfologi Bandar Kuala Terengganu, 2009 manakala keluasan pada tahun 2009 adalah berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 20082020 dan Laporan Rancangan Pembangunan Daerah Kuala Terengganu (JPBD & KPKT, 1995). Seawal tahun 1950an, guna tanah pertanian merupakan guna tanah yang utama di daerah ini yang terdiri daripada dusun, padi, getah dan kelapa sawit. Ini diikuti oleh guna tanah hutan dan petempatan serta selebihnya terdiri daripada komponen guna tanah yang lain. Tanah berpaya, hutan simpan, hutan belukar (termasuk padang ragut) dan getah terdapat di bahagian barat daerah Kuala Terengganu. Ini adalah kerana keadaan topografinya yang beralun. Di bahagian timur daerah ini terdapat guna tanah petempatan, padi dan dusun. Ini adalah disebabkan ketiga-tiga guna tanah tersebut ada kaitan antara satu sama lain dan keadaan topografi yang rata dan mendatar. Perubahan guna tanah utama termasuk kediaman, pertanian, perdagangan dan industri akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bahagian seterusnya. Foto 4.10: Gunatanah pertanian mendominasi keseluruhan gunatanah di Daerah Kuala Terengganu

ZAMAN SELEPAS MERDEKA 74

Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.