Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Litupan terbesar adalah tanah kosong iaitu 8,673.75 hektar dan seterusnya guna tanah kediaman dengan 5,290.63 hektar iaitu merupakan 8.74 peratus daripada keseluruhan kawasan tepu bina. Sebahagian besar guna tanah kediaman merupakan aktiviti perumahan tidak terancang yang terdiri daripada kampung-kampung tradisi. Walau bagaimanapun, guna tanah perniagaan dan industri yang menjadi pemangkin dan penyumbang kepada sumber ekonomi daerah, masing-masing meliputi 0.53 peratus dan 0.6 peratus daripada keseluruhan daerah. Berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu, pembangunan komited bagi keseluruhan Daerah Kuala Terengganu dianggarkan seluas 1,544.40 hektar dengan agihan pecahan tertinggi adalah jenis kediaman seluas 561.56 hektar (36.36%) diikuti dengan jenis perniagaan dan perkhidmatan seluas 410.54 hektar (Jadual 4.7). Pembangunan komited ini dijangka mampu meningkatkan tahap ekonomi daerah dan pendapatan penduduk daerah pada masa akan datang. Guna tanah Kediaman Perniagaan dan Perkhidmatan Tanah Lapang dan Rekreasi Institusi dan kemudahan Masyarakat Perindustrian Pengangkutan dan Lalulintas Infrastuktur dan Utiliti Jumlah
Luas (hektar) 561.56 410.54 38.74 101.7 38.61 386.89 6.37 1,544.40
Peratus (%) 36.36 26.58 2.51 6.59 2.50 25.05 0.41 100
Jadual 4.7 : Pecahan Guna Tanah Pembangunan Komited Daerah Kuala Terengganu Tahun 2009
Sumber : Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2020
4.4.2
Pengurangan Kawasan Hijau
Kawasan hijau merupakan kawasan yang sebahagian besarnya diliputi dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi atau tanaman yang terdiri daripada kawasan lapang, kawasan rekreasi, koridor infrastruktur dan utiliti, zon penampan, rizab hutan dan kawasan pertanian. Pengurangan kawasan hijau berlaku berkadar songsang dengan kawasan tepubina di mana pertambahan kawasan tepu bina menyebabkan pengurangan jumlah kawasan hijau. Tahun
Jumlah Keluasan
Kawasan Hijau Luas (Hektar)
Peratus (%)
Purata Perubahan Tahunan (%)
1955
65,873.22
61,595.29
93.51
-
1973
65,873.22
59,485.64
90.30
-0.19
1980
65,873.22
55,806.00
84.72
-0.88
1997
65,873.22
36,216.48
54.98
-2.06
2003
65,873.22
33,199.32
50.40
-1.39
Jadual 4.8 : Perubahan keluasan kawasan hijau Daerah Kuala Terengganu
Sumber: Kajian Morfologi Bandar Kuala Terengganu,2009 ZAMAN SELEPAS MERDEKA 71
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.