Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Serakan kawasan tepu bina bandar Kuala Terengganu ke timur dan utara adalah terbatas disebabkan oleh Laut China Selatan dan Sungai Terengganu. Oleh yang demikian, perkembangan tepu bina menghala ke selatan mengarah ke Kuantan meliputi mukim Batu Buruk, Kuala Ibai dan Chendering. Ia juga berkembang menghala ke barat mengikuti arah jalan ke Kota Bahru dan Kuala Berang meliputi mukim Bukit Besar, mukim Cabang Tiga, Losong, Kubang Parit, Paloh, Rengas, Tok Jamal dan Kepong. Menjelang tahun 1980 hingga 1997, pembangunan kawasan-kawasan perumahan dan industri menyebabkan perkembangan kawasan tepu bina telah meliputi kawasan-kawasan Jalan Hiliran, Ladang, Jalan Cherong Lanjut, Jalan Kamarudin, Padang Midin, Tasek, Jalan Kuala Brang dan Jalan ke Kuantan. Foto 4.8 : Pembangunan kawasan perumahan di Kuala Terengganu
Perumahan Taman Sri Kolam
Perumahan komited KP Perdana 1 Di Kubang Parit
ZAMAN SELEPAS MERDEKA 68
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.