Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Page 75

Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Pada tahun 1977, kawasan tepu bina telah meliputi 45.02 peratus daripada keluasan keseluruhan daerah dan purata perubahan tahunan mencapai kadar 11.45 peratus yang merupakan kadar perubahan tertinggi yang dialami daerah Kuala Terengganu. Antara tahun 1997 hingga 2003, kawasan tepu bina telah hampir meliputi 50 peratus daripada keseluruhan daerah dengan purata perubahan tahunan 1.7 peratus. Foto 4.7 : Pembangunan yang pesat menjadi faktor kepada pertambahan kawasan tepu bina

Kadar pembangunan fizikal mula meningkat dengan lebih pesat selepas 1970an dan menjelang 1980an, kawasan tepu bina telah meningkat kepada sekitar 15 peratus dari keseluruhan daerah Kuala Terengganu. Sekitar 1980an kawasan tepu bina adalah tertumpu di kawasan pusat bandar yang kebanyakannya terdiri daripada institusi kerajaan dan perdagangan.14 peratus kawasan hijau di Kuala Terengganu terdiri daripada tanah pertanian, tanah kosong dan kawasan rekreasi. Di kawasan zon perancangan utara yang antaranya termasuk Kg. Jeram, Manir dan Buloh Gading, tanah pertanian merupakan 46.6 peratus daripada keseluruhan zon tersebut. Terdapat sekitar 14 peratus kawasan kosong meliputi Batu Rakit, Telaga Batin dan Gong Badak. Kawasan tepu bina masih kecil iaitu sekitar 13 peratus yang mana melibatkan guna tanah perindustrian dan institusi yang kebanyakannya tertumpu di kawasan Gong Badak. Zon Perancangan Selatan pula mempunyai kawasan pertanian sebanyak 65 peratus terutamanya meliputi kawasan Pengadang Buloh.

ZAMAN SELEPAS MERDEKA 67

Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.