Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Page 55

Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Jadual 3.2 : Jumlah penduduk Terengganu mengikut kaum Tahun 1911 1921 1931 1947 1951 1960

Melayu 149,553 (97.0%) 145,532 (94.6%) 164,565 (91.5%) 203,848 (90.2%) 216,215 (91.5%) 283,181 (92.3%)

Cina 4,169 (2.7%) 7,246 (4.7%) 13,254(7.4%) 19,210(8.5%) 15,832(6.7%) 19,459(6.3%)

India 61 (0.0%) 211 (0.1%) 1,371(0.8%) 2,034(0.9%) 2,363(1.0%) 3,480(1.1%)

Lain-lain 370 (0.2%) 787 (0.5%) 600 (0.3%) 904 (0.4%) 1,890(0.8%) 822 (0.3%)

Jumlah 154,153 153,776 179,790 225,996 236,300 306,942

Sumber: Muhammad Salleh, Sejarah Darul Iman(1992), Sejarah Terengganu (1983)

3.5.2

Asas Ekonomi

Tulisan awal mengenai aktiviti ekonomi penduduk Kuala Terengganu bergantung sepenuhnya kepada aktiviti tradisi seperti pertanian, perikanan dan pertukangan. Bagaimanapun, kegiatan sosio-ekonomi Kuala Terengganu telah mengalami pelbagai perubahan dalam tahun sebelum dan selepas merdeka. Kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah banyak mempengaruhi kegiatan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia secara amnya. Antara kegiatan sosio-ekonomi yang wujud sebelum merdeka adalah seperti kegiatan pertanian, perlombongan dan industri ringan secara kecil-kecilan (Jamaluddin Md Jahi, 2001). Kedatangan kolonial British ke Semenanjung Tanah Melayu telah membawa perubahan besar kepada alam sekitar kesatu tahap yang belum pernah dialami oleh kawasan ini sebelumnya. Kolonialisme British yang membawa bersamanya modal dan sistem ekonomi kapitalisme mula meneroka alam sekitar di Tanah Melayu. Penerokaan tersebut bertujuan untuk memperluas penanaman pertanian industri terutama getah. Dari satu segi alam sekitar semula jadi telah berubah dan mewujudkan satu ekosistem baru. Selepas merdeka, kegiatan sosio-ekonomi yang sedia ada terus berkembang manakala sektor pertanian serta perlombongan yang telah mempunyai tapak yang kukuh dimajukan dengan lebih pesat lagi, diikuti dengan pembangunan sektor perkhidmatan, infrastruktur dan beberapa industri baru. Pada awal dekad 1950-an pembangunan luar bandar dimulakan dan ianya dipertingkatkan lagi selepas merdeka (Jamaluddin,1996). Di bawah Rancangan Malaya Pertama dan Rancangan Malaya Kedua 1956-1965 terdapat beberapa dasar telah dibuat demi untuk pembangunan dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar (Jomo, 1988). Dasar Ekonomi Baru memberi implikasi penting kepada pembangunan khususnya wilayah Pantai Timur yang dari segi sejarahnya agak mundur.

ZAMAN SEBELUM MERDEKA

47

Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu by R&D, JPBD - Issuu