Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Page 33

Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Trangano appears to be very healthy and pleasant, large and very populous, abounding in good Provisions of all Sorts, and a fine River with Sixteen Foot Water over the Barr, and within Water enough for ships of any Burthen. The Chinese have a large Settlement and carry on a considerable Trade here. These the King said he would put under any Restrictions We pleased or sent them all away if desired. - Kapten Joseph Jackson, 1764

The town is badly built with rough wooden huts, some with tiled roofs, others with roof and house covered with coconut leaves, they are raised on piles 8 or 9 feet high, there are bamboo ladders to climb up. The King's palace is the same thing, there isjust one small brick house which serves as a powder store in the same enclosure, the whole enclosed by a kind of palisade of heavy planks 20 feet high which have almost all fallen over because of lack of attention. There are three bazaars, one for the Malays, another for the Siamese and the largest for the Chinese: their street is a pleasant one, their houses better built than the others and in the front they have their shops where you can find Chinese and European goods. - Kapten Labe, 1769

Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Menurut Kapten Alexander Hamilton, terdapat kira-kira 1,000 buah rumah di Kuala Terengganu pada masa itu dan separuh daripada penduduknya adalah Orang Cina. Mereka berniaga tiga atau empat kapal (jong) komodoti setahun dengan Siam, Cambodia, Tunqueen dan Sambas. Orang Cina menanam buah limau, lemon, mempelam, rambutan, laici, durian, jagung dan tebu. Pengekspotan lada sulah juga merupakan aktiviti perniagaan orang Cina pada masa itu. Keadaan ini menjadikan Kuala Terengganu sebagai salah sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang maju pada ketika itu. 2.7

Struktur Awal Pusat Bandar Kuala Terengganu

Bandar Kuala Terengganu merupakan salah sebuah petempatan di Semenanjung Malaysia yang tidak mengalami pengaruh luar berbanding bandar-bandar seperti Ipoh dan Melaka dari segi pembentukan dan penyusunan elemen bandar. Keadaan ini telah menyumbang kepada ciri-ciri bandar Melayu amnya dan pusat bandar secara khususnya. Mengikut Ezrin Arbi (1986), imej fizikal bandar dalam kurun sebelum datangnya penjajah adalah serupa perkampungan biasa tetapi mempunyai beberapa bangunan besar seperti istana raja, masjid dan beberapa rumah pembesar negeri. Sundra Rajoo(1999) turut menyatakan bahawa bandar Melayu awal lazimnya berkisar di kawasan istana dan masjid yang berperanan menjadi pusat aktiviti keagamaan dan budaya. Penduduk Melayu tempatan lazimnya tinggal dekat dengan istana sementara pedagang asing mendiami kawasan perdagangan berhampiran pantai, lazimnya hampir dengan muara sungai. Secara tradisinya tidak ada sempadan fizikal bagi kampung Melayu namun jarak dari mana azan dapat didengar dianggap sebagai penentu jarak antara kampung. Ini selaras dengan evolusi pusat bandar Kuala Terengganu yang dahulunya merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di pesisiran pantai Sungai Terengganu. Ia juga selaras dengan gambaran yang ditulis pada tahun 1764 oleh Kapten Joseph Jackson dan Kapten Labe pada tahun 1769. Dalam menjelaskan perkembangan awal pusat bandar Kuala Terengganu, evolusi sosio-politik dan fizikal merupakan faktor penyumbang pembentukan bandar selain faktor reka bentuk (Nor Fazamimah, 2007) sebagai aspek yang mempengaruhi ciri awal pusat bandar.

ZAMAN PRA PENJAJAHAN

25

Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu by R&D, JPBD - Issuu