Morfologi Bandar Kuala Terengganu
dengan pelbagai hadiah oleh Raja Siam. Walau bagaimanapun, kerajaan Siam menuntut Terengganu sebagai negeri di bawah naungannya. Bunga emas dan bunga perak yang dihantar oleh Terengganu setiap tiga tahun sekali dijadikan bukti kuasa Siam ke atas Terengganu. Walhal bunga emas yang dihantar adalah sebagai tanda persahabatan dan balasan hadiah yang diberikan oleh angkatan Siam kepada Sultan Mansur Shah I, kerana membantu angkatan Siam menyerang dan mengalahkan Legor pada tahun 1766.
Rajah 2.5 : Bunga emas yang diberi sebagai tanda persahabatan disalah ertikan sebagai pemberian ufti kepada kerajaan Siam.
Pada tahun 1826, satu perjanjian iaitu Perjanjian Burney telah ditanda tangani antara Siam dan pihak British. Ia mengakui tuntutan Siam ke atas empat negeri Melayu utara iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Perjanjian ini selanjutnya menjamin pemilikan Pulau Pinang bagi British dan memberikan hak kepada British untuk berdagang di Kelantan dan Terengganu tanpa gangguan Siam. Keempat-empat negeri Melayu tidak diwakili dalam rundingan perjanjian ini. Oleh kerana itu, Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) menjelaskan kepada Gabenor Sir Frederick Weld yang datang melawat Terengganu pada tahun 1886 dan 1887, bahawa bunga emas yang dihantar ke Siam hanya sebagai tanda persahabatan dan bukannya sebagai ufti. Oleh kerana dakwaan Inggeris yang mempunyai hak ke atas Terengganu, kerajaan Siam telah menyerahkan Terengganu kepada Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909. Namun begitu kerajaan Terengganu di bawah Sultan Zainal Abidin III menolak perjanjian ini. Dengan itu perjanjian di antara Terengganu dengan Great Britain ditandatangani pada tahun 1910. Di antara syarat perjanjian ini, Terengganu menerima wakil British di negerinya.
Sumber : Nor Fazamimah, 2007
Walaupun berlaku campur tangan daripada kuasa asing di Terengganu, namun kedaulatan sistem kesultanan di Terengganu masih diteruskan sehingga kini. Sultan Terengganu ke-15 iaitu Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Tengku Mahmud telah menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 1979. Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1999 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang DiPertuan Muda Tengku Mizan sehingga sekarang. Turutan pentadbiran kesultanan Negeri Terengganu ditunjukkan dalam Jadual 2.0.
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
17
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.