Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Menurut satu catatan yang dimasukkan dalam buku Sejarah Terengganu (Muhamad Salleh, 1992) yang dipetik daripada buku pengembaraan Cina iaitu Tao Chin Leo karangan pengembara Cina bernama Wang Ta-Yuan pada tahun 1349M iaitu; “negeri itu (Ting-cia-lu) ialah sebuah pulau berbentuk tiga segi, tercerai daripada daerah-daerah jirannya oleh sebatang sungai dan sungai itu penting bagi perjalanan di air. Pulau itu (Ting-cia-lu) keadaannya tinggi dan sunyi. Tanah di situ tidaklah begitu subur, tetapi walaupun begitu orang yang sehabis-habis miskin pun cukup juga makanan mereka�
Keadaan ini menunjukkan bahawa Terengganu terletak berhampiran sebatang sungai yang berfungsi sebagai laluan penghubung di antara Terengganu dan kawasan sekitarnya. Keadaan muka bumi Terengganu digambarkan berada di kawasan yang tinggi dan penduduknya menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber makanan mereka. Terdapat catatan sejarah yang menyatakan bahawa terdapat pedagang Cina pada masa dulu yang memberi nama Terengganu dengan Ting Chia Hsia Lu iaitu Teng Ka Ha Lo dalam bahasa Hokkien (Muhammad Salleh, 1992). Wu Pei Chih telah melukis peta pada tahun 1511 dan 1601 berpandukan kepada kenyataan pelayaran Cheng Ho. Peta tersebut menunjukkan Pulau Tinggol (di hadapan Dungun) dan beberapa buah pulau di Terengganu dan Kelantan (Rajah 2.0). Rajah 2.0 : Peta lama yang dilukis oleh Wu Pei Chih Sumber : Muhammad Salleh, 1992
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
10
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.