Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Page 125

Morfologi Bandar Kuala Terengganu

4.6.3

Profil Pusat Bandar

Bandar Kuala Terengganu secara amnya mempunyai nilai sejarah, budaya dan sosial yang tinggi serta struktur dan rupa bandar yang unik dan berlainan berbanding bandar lain amnya di bahagian barat Semenanjung Malaysia. Di kawasan pusat terdapat percampuran elemen bandar lama dan baru mengwujudkan profil tidak sekata dan pada masa yang sama menimbulkan tekanan dan cabaran dari aspek perancangan dan pembangunan pusat bandar. Antara ciri-ciri istimewanya ialah pintu daripada kayu yang berukir. Gaya seni bina Eclectic atau Peralihan Rumah Kedai banyak terdapat di sepanjang Jalan Petani. Bangunan-bangunan ini kelihatan lebih menarik dengan keistimewaan sifat luaran yang lebih jelas seperti ukiran pada tingkap dan dinding, muka bangunan dan parapet di bawah atap bangunan. Senibina bangunan istana sebelum perang yang terdapat dalam Kompleks Istana Maziah ialah Awal Kolonial, Sino Malay Palladian dan Bumbung Panjang. Rumah kediaman yang terdapat di Kampung Ladang Sekolah dan Jalan Nesan Empat pula kebanyakannya mempunyai seni bina Bumbung Perak Potong Belanda. Manakala bangunan sesebuah sebelum perang di Jalan Sultan Zainal Abidin mempunyai beberapa gaya seni bina seperti Bumbung Perak Potong Belanda, Rumah Perabong Lima dan Gaya Awal Kolonial. Bangunan sesebuah ini kebanyakannya mempunyai seni bina yang lebih menarik berbanding dengan bangunan rumah kedai kerana seni ketukangannya lebih terserlah terutama penggunaan ukiran pada bumbung, pintu, tiang dan dinding bangunan.

Foto 4.23 : Bangunan Istana Maziah

ZAMAN SELEPAS MERDEKA 117

Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu by R&D, JPBD - Issuu