Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Page 112

Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Pada awalnya, sistem saliran sedia ada di dalam kawasan perbandaran telah direka bentuk untuk menampung keperluan pembangunan yang rendah. Oleh yang demikian, sistem saliran ini tidak mampu menampung pembangunan yang lebih pesat di kawasan perdagangan sedia ada. Antara kawasan bandar yang dikenalpasti berisiko mengalami masalah banjir adalah di Jalan Kampung Cina dan Jalan Banggol, sepanjang Jalan Syed Hussein dan Jalan Air Jernih, serta di kaki Bukit Kecil. Kawasan utara Sungai Ibai mengalami banjir akibat limpahan air dari permatang banjir yang dibina di sepanjang Sungai Terengganu. Pembinaan permatang banjir di kawasan pertanian adalah untuk mengawal paras banjir besar yang biasa berlaku sekali dalam tempoh 10 tahun. Pada awalnya, tiada sebarang pembinaan permatang banjir di sepanjang tebing Sungai Terengganu terutama di kawasan hilir Losong Ferry, dan kawasan rendah di barat genting Bukit Kecil – Bukit Besar dari banjir sungai yang teruk. 4.6

Pusat Bandar dan Pusat Petempatan

Kini, setelah hampir beberapa dekad berlalu Kuala Terengganu semakin berkembang menjadi sebuah pusat bandar yang pesat membangun. Bandar Kuala Terengganu merupakan pusat pertumbuhan bagi daerah Kuala Terengganu yang menjana kepada pertumbuhan bandar lain yang kebanyakannya adalah kawasan penempatan. Bandar Kuala Terengganu telah ditetapkan sebagai pusat Wilayah, Pusat Negeri dan Pusat Daerah yang seterusnya akan menjadi fokus kepada pembangunan di seluruh daerah. Bandar ini juga memainkan peranan penting sebagai pusat utama bagi kegiatan ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan pentadbiran negeri. 4.6.1

Guna Tanah Pusat Bandar

Kuala Terengganu merupakan pusat wilayah bagi Wilayah Timur. Pusat tumpuan di Bandar Kuala Terengganu adalah kawasan perniagaan, pusat rekreasi dan terminal pengangkutan awam. Di antaranya adalah Pasar Payang, Dataran Shahbandar, Pasaraya Mydin dan Giant, Zon Warisan Bukit Puteri, Bazaar Warisan, Kompleks Stesen Bas Kuala Terengganu, Stesen Teksi Bandar dan Kompleks Perniagaan Kg Tiong. Rajah 4.25 menunjukkan zon tumpuan semasa (2009) di pusat Bandar Kuala Terengganu. Perkembangan guna tanah Bandar Kuala Terengganu dari 1955 hingga 2009 adalah seperti Rajah 4.26 dan Rajah 4.27.

ZAMAN SELEPAS MERDEKA 104

Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu by R&D, JPBD - Issuu