Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Sejarah menunjukkan Terengganu telah dikenali semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Di dalam buku-buku sejarah China seperti ‘Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, menyebut ‘Teng-ya-nu’ dan buku ‘Cu-fanCih’ karangan Cao-Ju-Kua tahun 1226 menyebut ‘Teng-ya-nung’ (Muhammad Salleh (1992 : 9). Kedua-dua nama tersebut merujuk kepada nama Terengganu yang dikatakan jajahan takluk kepada kerajaan Srivijaya (San-fo-Cih). Pada kurun ke-2, Ptolemy seorang ahli kaji bintang dan ilmu alam Greek telah mencatatkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhan itu ialah Primula di Kuala Sungai Terengganu dan Kole di Kemaman. Persoalan kewujudan negeri Terengganu dijelaskan lagi oleh tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang pada tahun 1902 oleh Syed Hussein Ghulam Al-Bukhari, yang mencatatkan nama ‘Terenkanu’. Kuala Terengganu merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran bagi Negeri Terengganu. Ianya terletak di antar terdapat 9 daerah di Negeri Terengganu iaitu Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun, pada tahun 1985, hanya terdapat tujuh daerah sahaja dalam Negeri Terengganu di mana Kuala Terengganu merupakan salah sebuah daerah dengan keluasan seluas 60,654.3 hektar (Jadual 1.0). Jadual 1.0 : Daerah Dalam Negeri Terengganu Mengikut Keluasan
Bil.
Daerah
Keluasan (Hektar)
1.
Kuala Terengganu
60,528.1
2.
Kemaman
253,559.9
3.
Hulu Terengganu
387,463.6
4.
Dungun
273,503.1
5.
Besut
123,367.8
6.
Marang
66,654.3
7.
Setiu
130,436.3 Jumlah
1,295,639.3
Sumber : Laporan Rancangan Pembangunan Daerah Kuala Terengganu (JPBD & KPKT, 1995)
Daerah Kuala Terengganu bersempadan dengan Daerah Setiu di sebelah utara, Hulu Terengganu di sebelah barat, Laut Cina Selatan di sebelah timur dan Marang di sebelah selatan . Terdapat 23 buah mukim dalam Daerah Kuala Terengganu termasuk Pulau Redang dan pulau-pulau yang lain di mana keseluruhan mukim ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (Rajah 1.1).
PENGENALAN
3
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.