Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Page 102

Morfologi Bandar Kuala Terengganu

Sektor pembuatan di Kuala Terengganu dan negeri Terengganu amnya dibahagikan kepada dua sektor kecil iaitu pembuatan am dan pemprosesan utama. Perusahaan pembuatan am ialah perusahaan yang mengeluarkan barangan pengguna dan perantaraan untuk kegunaan tempatan. Perusahaan ini biasanya berskala kecil atau jenis perusahaan rumah yang terletak di luar kawasan perusahaan. Sektor kedua yang paling penting ialah sektor pemerosesan utama iaitu termasuklah kilang papan, kilang-kilang minyak kelapa sawit dan memproses hasil pertanian. Di Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, industri pembuatan am biasanya berskala kecil kebanyakannya terletak di kawasan petempatan penduduk. Kajian Rancangan Struktur Kuala Terengganu (1988) menganggarkan lebih daripada 600 pertubuhan pembuatan jenis tersebut beroperasi di luar estet perindustrian, tetapi masih di dalam Majlis Perbandaran Kuala Terengganu.

Foto 4.15 : Perusahaan industri kecil sederhana oleh penduduk Kuala Terengganu

Terdapat dua kawasan estet perindustrian yang telah dimajukan oleh Perbadanan Memajukan lktisad Negeri Terengganu iaitu di Chendering (59 hektar) dan Gong Badak (117 hektar). Kawasan perindustrian di kawasan Chendering terdiri daripada bengkel kenderaan (mengecat dan membaiki kenderaan) dan batik. Terdapat beberapa kawasan ZAMAN SELEPAS MERDEKA 94

Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu by R&D, JPBD - Issuu