LAPORAN PENILAIAN `OUTCOME’ Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’
1.0
PENGENALAN
Laporan ini membentangkan hasil kajian penilaian `outcome’ dan impak daripada penerimapakaian dan penguatkuasaan Garis Panduan (GP) Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’ yang telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia pada tahun 2010.
Penyediaan garis panduan ini merupakan salah satu
daripada 7 garis panduan perancangan baru yang telah disediakan oleh JPBD Semenanjung Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9 : 2005 hingga 2010). Garis Panduan Perancangan `Gated Community and Guarded Neighbourhood’ telah dipilih bagi tujuan penilaian `outcome’ dan impak adalah selaras dengan beberapa isu yang wujud berkaitan dengan pembangunan `gated Community’ (GC) dan `guarded neighbourhood’ (GN) di peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti berikut: (i)
kewujudan skim GC dan skim GN boleh memberi implikasi negatif kepada pengasingan kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial penduduk khususnya di antara penghuni yang tinggal di kawasan berpagar dengan penghuni yang tinggal di kawasan kediaman biasa;
(ii)
Pembinaan pondok pengawal yang tidak terancang, pemasangan sekatan dan halangan fizikal serta keperluan menyerah dokumen pengenalan diri secara tidak sah, khususnya di kawasan GN boleh menghalang daya aksessibiliti dan menimbulkan kesukaran kepada pihak berkuasa dan orang ramai untuk keluarmasuk ke skim-skim kediaman; dan
(iii)
rekabentuk, ketinggian dan saiz pagar yang dibina, khususnya di sekeliling kawasan skim GC telah menghalang pandangan (permeability) daripada luar. Keadaan
ini
menyukarkan
pemantauan
keselamatan
serta
mencacatkan
pemandangan dan estetika keseluruhan kawasan pemajuan. Pemilihan garis panduan ini juga bertepatan dengan keputusan Jemaah Menteri (28 Julai 2010) dan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) (2 September 2010) yang mengarahkan supaya isu-isu penubuhan dan pelaksanaan skim berpagar dan berpergawal diselesaikan secara berkesan berpandukan undang-undang sedia ada serta menepati kehendak rakyat. Ia juga penting bagi tujuan menilai dan memantau tahap
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JPBD Semenanjung Malaysia