Cara untuk membuat mudball seperti di dalam Rajah 3 merangkumi langkah-‐ langkah berikut: i. bahan-‐bahan yang diperlukan adalah seperti cecair EM, dedak beras dan tanah merah; ii. sediakan cecair EM dan masukkan ke dalam bekas; iii. masukkan dedak beras ke dalam cecair EM tersebut; iv. gaulkan campuran larutan bahan-‐ bahan tersebut sehingga rata;
v. campurkan bahan yang telah larut di
gaul ke dalam tanah merah; vi. gaulkan campuran tersebut sehingga sebati; vii. setelah sebati, campuran tersebut boleh dibentuk seperti bola lumpur sebesar satu genggaman; viii. setelah selesai membuat mudball, ia perlu disimpan di dalam kotak untuk proses penapaian; dan ix. tutup kotak/bekas tersebut dan selepas seminggu, mudball tersebut sedia untuk digunakan.
Rajah 3 : Cara Untuk Menyediakan Mudball
Sumber: http://ras.doe.gov.my/portal/lakukan-‐sendiri/cara-‐membuat-‐em-‐mud-‐ball/
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
28