GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) DATARAN BANJIR, TANAH LEMBAP, BEKAS LOMBONG, TASIK DAN SUNGAI 
Selain daripada lombong yang besar, kawasan atau kolam buangan sisa juga wujud. Kawasan atau kolam ini biasanya diisi oleh air atau pasir dan selut yang terhasil daripada pemprosesan bijih. Jika sianida (cyanide) digunakan untuk menghasilkan emas, kolam atau kawasan buangan sisa ini mungkin mengandungi bahan toksid.
1.2
19
Kawasan Bekas Lombong Sebagai KSAS
1.2.1 Kawasan Bekas Lombong Dalam Konteks KSAS Kawasan bekas lombong menunjukkan beberapa perspekti dari segi KSASa)
KSAS Berisiko Geo-Bencana
Pembinaan yang dijalankan tanpa kawalan di atas kawasan Bekas lombong boleh mengancam keselamatan awam dan kerosakkan harta benda.
Foto 3:
Kolam lombong yang terbentuk daripada perlombongan timah jenis kapal korek
Geo-Bencana wujud kerana tanah bekas lombong dapat menghasilkan lubang benam (terhad kepada jenis yang mempunyai batu hampar atau batu kapur), penurunan tanah (selut terperangkap atau tanah lemah atau kolong dan lubang bawah tanah), air kolam toksid atau berasid dan batu hampar tediri daripada batu kapur. b)
KSAS Berisiko Geo-Pelancongan
Kawasan bekas lombong yang menunjukkan nilai sejarah dan kebudayaan boleh dikelaskan sebagai KSAS warisan dan dipulihara untuk tujuan pelancongan seperti Sg. Lembing dan Batu arang.
Foto 4:
Kawasan tanah bekas lombong yang wujud daripada perlombongan timah jenis kapal korek
Terdapat juga bekas lombong yang digunakan sebagai kawasan rekreasi untuk kunjungan orang ramai seperti Taman Tasik di Lake Garden, Taman Titiwangsa, sebahagian Paya Indah di Dengkil, Sg. Besi
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia