Garis Panduan Perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Page 242

18

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

4.3 Garis Panduan Pembangunan di Sekitar Bukit Batu Kapur dan Gua 

Hanya pemandu pelancong yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk melakukan aktiviti meneroka gua bagi memastikan keselamatan para pengunjung di samping mengamalkan pemuliharaan gua. Pelan pengurusan serta langkah ketika berhadapan kecemasan dan keselamatan di dalam gua perlu disediakan oleh pihak pengurusan untuk melindungi pengunjung daripada sebarang bahaya. Sebarang aktiviti, struktur, tempat letak kenderaan dan gangguan pemandangan adalah dilarang di kawasan sekitar pintu masuk.

Pengunjung perlulah mematuhi arahan dan hanya dibenarkan menggunakan laluan yang disediakan dan dilengkapi dengan selusur jalan.

Setiap pemasangan alatan hendaklah pada kadar yang minimum dan penggunaan barangan dari sumber alam sahaja bagi mengurangkan impak ke atas visual dan alam sekitar.

Sebarang peralatan yang akan dipasang kekal seperti penyusur tangan keselamatan (safety hand rail), tangga dan pencacak tali mestilah diperbuat daripada besi tahan karat.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Sekiranya papan pejalan kaki tidak dapat dibina, laluan pejalan kaki harus diperbaiki di kawasan yang diperlukan sahaja. Penggunaan asfat (asphalt), tar dan minyak adalah dilarang sama ada di dalam atau pun di sekitar gua.

Jumlah bilangan pengunjung di dalam sesebuah kumpulan ditetapkan untuk memudahkan kawalan ke atas pengunjung dan mengurangkan kerosakan yang mungkin berlaku serta memelihara nilai estetika gua.

Apa-apa pembangunan hendaklah dibina di luar zon penampan dan jauh dari pintu masuk gua. Hanya pembangunan asas yang tidak memberi kesan negatif kepada kawasan batu kapur.

Papan tanda yang disediakan hendaklah kecil, tidak menonjol dan mudah dialihkan. Kaedah pemasangan papan tanda tidak boleh merosakkan batu gua dan dilarang dipasang pada formasi batu yang lembut.

Tiada kemudahan tempat pembuangan sampah dibenarkan di dalam gua. Semua pembuangan sampah di dalam gua adalah dilarang dan pengunjung dikehendaki membawa keluar sampah tersebut.

Operator gua ekopelancongan mestilah berpengetahuan luas dalam bidang pengoperasian gua, penerokaan gua, latihan pertolongan


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.