KAWASAN WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI Bahagian ini menyentuh kawasan yang dikenalpasti mempunyai nilai warisan kebudayaan dan warisan semulajadi berdasarkan definisi yang terkandung di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK) iaitu: Huraian
Jenis Warisan
Warisan Kebudayaan
Merupakan bentuk ketara struktur atau artifak kebudayaan dan boleh termasuk perkara, objek, butiran, artifak, struktur pembentukan yang penting kepada cara hidup rakyat di Malaysia dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanah atau warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara tetapi tidak termasuk warisan semulajadi. •
Monumen
•
Tapak Warisan
•
Rizab Arkeologi
Merupakan kawasan bercirikan semulajadi yang terdiri daripada pembentukan tanah secara fizikal atau biologi atau kumpulan pembentukan itu, ciri-ciri geologi atau fisiografi, gunung, sungai, anak sungai, pembentukan batu, pesisir laut atau manamana tapak semulajadi yang mempunyai nilai-nilai yang menonjol dari pandangan semulajadi, sains, pemuliharaan sejarah atau keindahan semulajadi termasuk flora dan fauna Malaysia. Contohnya:Warisan Semulajadi
•
Aktif seismik
•
Berfosil
•
Manifestasi geothermal (antaranya mata air panas)
•
Kawasan batu kapur
•
Air terjun
•
Mata Air Panas
•
Koridor Pemandangan Menarik
•
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia