Garis Panduan Perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Page 196

4 3.

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN PERTANIAN MAKANAN DASAR DAN PERUNDANGAN SEMASA 3.1

DASAR PERANCANGAN Jadual 3 Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) Bagi KSAS Pertanian Makanan Mengikut Aktiviti

Jenis Aktiviti

Tanaman Padi

Tanaman Buahbuahan dan Sayursayuran

Dasar Berkaitan Dengan Perancangan Fizikal 

Kawasan jelapang padi ditetapkan sebagai kawasan kekal pengeluaran padi untuk mencapai tahap sara diri minimum beras sebanyak 90%.

Kawasan yang tidak produktif di luar jelapang padi akan ditukar untuk kegunaan lain.

Tanah kerajaan yang sesuai dan kawasan padi yang marginal di luar kawasan jelapang akan dizon dan dilengkapi dengan kemudahan prasarana untuk pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan digalakkan menetapkan rizab kekal bagi Taman Hortikultur (U-Park) di kawasan bandar yang baru dan sedia ada sebagai kawasan penanaman sayuran.

Mempergiatkan usaha pembaikan teknologi melalui:

Akuakultur

Ternakan

-

Penggunaan sistem ternakan berteknologi tinggi dan rawatan air yang cekap; dan

-

Penggunaan automasi dan mekanisasi dalam pengeluaran akuakultur bagi meningkatkan produktiviti dan menjimatkan penggunaan tenaga buruh. Menentukan bekalan daging dan telur ayam-itik mencukupi melalui: -

Pengeluaran ayam-itik secara komersial dengan pendekatan moden dan sistem perladangan berskala besar; dan

-

Pengintegrasian menegak dan mendatar.

Menetapkan kawasan tertentu untuk pengeluaran ayam supaya dapat mewujudkan status bebas penyakit.

Menggalakkan pembangunan mampan melalui: -

Pengeluaran daging khinzir dikhaskan di Kawasan Ternakan Khinzir Berpusat (PFA; ‘Pig Farming Area’) untuk menstabilkan pengeluaran dan pengawalan penyakit serta pencemaran alam sekitar; dan

-

Mengadakan undang-undang yang seragam mengenai standard pengurusan kumbahan.

(Sumber: Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998-2010))


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.