Garis Panduan Perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Page 149

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI

5.

9

GP KHUSUS

5. 1 GP Khusus Pemuliharaan Garis Panduan Khusus Pemuliharaan KSAS Sumber Batuan Agregat, Sumber Bahan Mentah Industri Simen dan Kapur Tohor

Kawasan agregat boleh diisytiharkan sebagai sumber batuan agregat. Kawasan jenis batuan lain boleh juga diterima sekiranya agregat sedia ada didapati tidak sesuai.

Kawasan batu kapur bawah tanah bertujuan membuat simen portland dan simen putih bagi kegunaan industri pembinaan boleh diisytiharkan sebagai KSAS Sumber Batuan Agregat.

Kelulusan permohonan bagi kawasan batu kapur adalah tertakluk kepada pertimbangan JMG, PBT dan Kerajaan Negeri. Permohonan tersebut mesti mengemukakan satu Laporan Alam Sekitar (Environmental Statement) yang menunjukkan kawasan batu kapur tersebut tidak mengandungi ciri geologi (geology feature) yang bernilai warisan.

Laporan geologi tersebut mesti merangkumi berikut:-

-

-

-

-

Peta geologi untuk menunjukkan jenis batuan dan singkapan-singkapan batuan yang ada. Keratan rentas geologi menjelaskan keadaan geologi di bahagian bawah tanah. Data penggerudian diperlukan untuk mendapatkan maklumat bawah tanah. Bilangan lubang penggerudian dan penggerimitan perlu ditetapkan oleh pengkaji. Kawasan cadangan untuk diisytiharkan sebagai KSAS sumber batuan agregat perlu dipetakan. Zon penampan 500m mesti juga disediakan dan ditunjukkan di peta tersebut. Stratigrafi, petrografi dan petrologi batuan yang ada perlu disediakan. Jika sumber batu kapur adalah untuk industri simen atau kegunaan lain, analisis kimia dan lain-lain yang berkaitan perlu disediakan. Bilangan sampel yang dianalisis tertakluk kepada keluasan kawasan dan saiz singkapan batuan. Jika kawasan adalah untuk sumber agregat, batuan yang dikutip di lapangan atau melalui penggerudian mesti diuji untuk nilai agregat sepertinya:- ‘Aggregate Crushing Value (ACV); Aggregate Impact Value (AIV); 10 % fines value (10 % Fine); Los Angeles Abrasion Value (LAV); Flakiness Index; Soundness 5 Cycles; Chloride Content’ dan lain-lain. Semua ujian perlu mengikut kaedah yang diiktiraf seperti British Standard (B.S.) atau American Standard Testing Method (ASTM). Jika kawasan adalah untuk agregat, ketebalan tanah baki dan lapisan batuan terluluhawa perlu ditentukan. Simpanan batuan perlu ditentukan untuk objektif yang dicadangkan. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.