Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat

Page 4

Pemberitahuan Garis Panduan ini menggantikan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat JPBD 19/97 yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Garis Panduan ini telah diambil maklum oleh Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-66 pada 3 September, 2013. Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan kandungan Rancangan Pemajuan, khususnya Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Garis Panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain, sama ada dari segi subjek atau pun pertapakan, yang disediakan di bawah peruntukan perundangan oleh mana-mana pihak. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan undang-undang sedia ada yang berkaitan. Ia juga perlu merujuk kepada garis panduan lain yang berkaitan yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

September, 2013


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat by R&D, JPBD - Issuu