12
GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT
b) Kemudahan Kesihatan Swasta
Perancangan untuk membina sebuah hospital swasta hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). KKM akan melihat dari segi keperluan dan justifikasi perancangan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].
Setelah mendapat kelulusan, permohonan menubuhkan hospital swasta hendaklah dibuat di mana reka bentuk dan spesifikasi kemudahan dalam bangunan hendaklah mematuhi keperluan di bawah Akta 586 dan Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006.
Hospital swasta hendaklah mendapatkan lesen sebelum memulakan operasi. Lesen ini hanya diperakui sah untuk digunakan selama 2 tahun dan setiap hospital swasta perlu memperbaharui lesen sebelum tamat tempoh tersebut.
Kemudahan jagaan kesihatan lain seperti pusat hemodialisis swasta, rumah jagaan kejururawatan swasta dan kemudahan-kemudahan lain perlu mendapatkan kelulusan menubuhkan dan lesen sebelum beroperasi.
Bagi klinik perubatan dan pergigian swasta pula, pendaftaran bagi menubuhkan atau mengendalikan klinik hendaklah dibuat dengan KKM berdasarkan Akta 586 dan PeraturanPeraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006. Perakuan pendaftaran adalah sah selagi tidak dilupuskan, dipinda atau dipindah hak milik.
Foto 4: Komponen Utama Kemudahan Kesihatan