GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU
ii. setiap PBT hendaklah mensasarkan 2 hektar bagi 1000 penduduk di kawasan pentadbirannya selaras dengan Dasar Perbandaran Negara. Foto 1 : Contoh-contoh rangkaian hijau yang diintegrasikan dengan laluan pejalan kaki serta sistem bioretentation dan swales.
13
a) Liputan Kawasan Hijau Pada masa kini, semua pembangunan yang dikemukakan kepada PBT perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 10% kawasan tanah lapang awam daripada keseluruhan pembangunan. Tanah lapang perlu disedia berdasarkan hierarki, keluasan dan saiz tadahan penduduk mengikut keperluan di dalam Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi (2011) (Jadual 2). Sebagai nilai tambahan kepada sebuah kejiranan hijau (selain daripada peruntukan 10% kawasan lapang), pengiraan liputan kejiranan hijau boleh meliputi elemen seperti berikut: i. bumbung hijau; ii. tanaman di sepanjang jalan/laluan pejalan kaki; iii. tanah perkebunan komuniti; iv. teknik pengurusan air larian yang boleh mengurangkan kesan pulau haba seperti bio-retention dan swale; v. badan air seperti tasik, sungai; dan vi. KSAS seperti tanah lembap, hutan;
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia