Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield

Page 20

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PENGENALPASTIAN BAGI

10

PEMBANGUNAN SEMULA KAWASAN BROWNFIELD teknik persampelan, protokol mengenai jaminan kualiti dan kawalan kualiti (quality assurance (QA) and quality control (QC)) dan cadangan tindakan seterusnya yang diperlukan seperti kaedah pembersihan dan pemulihan kawasan tersebut. Terdapat tiga peringkat aktiviti penilaian tapak iaitu – i.

Penilaian Awal

Penilaian awal biasanya melibatkan kerjakerja mengenalpasti potensi aktiviti yang dijalankan pada sesuatu tapak menjadikan tapak kawasan tersebut tercemar. Kaedah penilaian awal terdiri daripada lawatan tapak, kajian latar belakang tapak, pengumpulan maklumat untuk penilaian kemungkinan pencemaran, pembentukan model sumber (source) pencemaran, aliran (pathway) pencemar, dan penerima (receptor) bahan pencemaran. ii.

Penilaian Terperinci

Penilaian terperinci dijalankan apabila sesuatu kawasan tapak didapati tanah tercemar pada penilaian awal. Penilaian terperinci melibatkan kerja-kerja berkaitan kajian lapangan, pengambilan sampel tanah dan air tanah, analisis makmal dan penilaian data. iii.

Penilaian Risiko

Penilaian risiko dibuat berdasarkan data sampel, menilai impak pencemaran atas

penduduk dan ekosistem, penilaian tahap risiko samada melebihi piawaian keselamatan dan kesihatan, dan mencadangkan sasaran tahap kebersihan yang dapat melindungi kesihatan dan keselamatan penduduk serta alam sekitar. Sekiranya penilaian bahawa pencemaran di tanah adalah melebihi boleh diterima, tapak perlu menjalani proses membaikpulih.

risiko mendapati bawah permukaan tahap risiko yang yang berkenaan pembersihan atau

4.4.2 Tatacara Membaikpulih (Remediation) Tanah Tercemar Tatacara menjalankan membaikpulih kawasan brownfield yang telah dikenalpasti sebagai kawasan tanah tercemar telah diperincikan dalam Contaminated Land Management and Control Guidelines No. 3: Remediation of Contaminated Sites yang diterbitkan oleh JAS. Garis panduan ini menerangkan kaedah dan proses yang terlibat untuk perancangan untuk membaikpulih, perlaksanaan dan penutupan tapak tanah yang tercemar dengan mengambil kira faktor sosial, kos dan kesihatan kepada orang ramai dan alam sekitar. Terdapat empat (4) peringkat aktiviti membaikpulih tanah tercemar seperti di Rajah 3-

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield by R&D, JPBD - Issuu