35
Papan iklan jejambat yang diletakkan berdekatan dengan papan tanda lalu lintas (traffic sign) menyukarkan pengguna untuk membaca papan tanda lalu lintas.
Spectacular Gantry di Lebuh Raya Kuala Lumpur Seremban yang menjejas rupa bentuk garisan langit bandar.
Iklan Jejambat
Iklan tidak dibenarkan mengunjur keluar dari struktur jejambat di dalam kawasan bandar supaya tidak menutup garisan langit dan rupa bentuk bandar;
Kategori pengiklanan selainnya tidak dibenarkan berada berdekatan bagi mengelak kecelaruan pandangan (clutter);
Iklan tidak boleh dipasang sekiranya terdapat papan tanda lalu lintas di pasang pada jejambat;
Tidak boleh dibenarkan dalam jarak 300 meter (984 kaki) sebelum 100 meter (328 kaki) selepas satu-satu tanda lalu lintas;
Iklan hanya boleh dipasang pada jejambat yang terletak secara sejajar (perpendicular) merentangi jalan dan tidak pada jejambat yang menyerong; dan
Papan iklan jejambat yang dipasang secara menyerong memberi gangguan serta membahayakan pengguna jalan raya dan tidak dibenarkan.
Hanya satu pengiklanan sahaja yang dibenarkan dipasang pada satu-satu jejambat.