10
Papan iklan luar yang berorientasikan kenderaan bergerak laju (freeway oriented) dibenarkan di zon guna tanah perdagangan, perindustrian dan pertanian. Walau bagaimanapun di pusat bandar dan pusat perdagangan, perniagaan hanya iklan yang berorientasikan pejalan kaki (pedestrian oriented) dibenarkan;
Papan iklan luar yang berorientasikan kenderaan bergerak laju (freeway oriented) tidak dibenarkan di dalam zon warisan, zon estetik semulajadi dan koridor scenic bagi memelihara sumber ekonomi dari aktiviti pelancongan. Di zon ini, hanya iklan yang berorientasikan pejalan kaki (pedestrian oriented) dibenarkan;
Perletakan spectacular gantry seperti ini mampu menutup garisan langit serta rupa bentuk bandar dan tidak dibenarkan.
Papan iklan luar tidak dibenarkan melindungi bangunan warisan serta bangunan yang mempunyai nilai senibina yang menarik;
Pemasangan billboard yang tidak sensitif telah menjejaskan pandangan estetik semulajadi yang amat menarik
X
X
√
Salah satu koridor scenic di Lebuh Raya Karak yang tidak dibenarkan bagi pemasangan papan iklan.
Papan iklan luar tidak dibenarkan di laluan protokol yang boleh menjejaskan garisan langit (skyline) dan rupa bentuk bandar (urban form) yang terhasil dari komponen bangunan dan paras ketinggiannya yang mencorakkan ciri dan imej sebuah bandar;
√
Papan iklan di Jalan Tugu yang menutup pandangan dan Bangunan Keretapi Tanah Melayu yang mempunyai nilai senibina warisan yang menarik tidak dibenarkan.