Geo-Bencana Dalam Perancangan Guna Tanah

Page 97

MonoGRaF Perancangan Bandar dan Desa

9.0 KeSIMPULan Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini bertujuan untuk memastikan aspek berkenaan geo-bencana tidak diabaikan dalam perancangan dan pembangunan guna tanah. Peruntukan berkenaan aspek geo-bencana dititikberatkan pada semua peringkat perancangan melalui cadangan penyediaan: i. Senarai Lokasi dan Peristiwa Geo-Bencana di Peringkat RFN; ii. Pelan Umum Risiko Geo-bencana di peringkat RSN; iii. Pelan Strategik Risiko Geo-bencana di peringkat RT atau RKK; dan iv. Penilaian Risiko Bencana sebagai laporan sokongan dalam penyediaan LCP di v. peringkat permohonan kebenaran merancang (KM). Kandungan Manual Rancangan Pemajuan iaitu RSN, RT dan LCP yang berkaitan dengan aspek geo-bencana telah ditambahbaik selaras dengan peruntukan yang disebut sebelum ini. Ini bertujuan memberi gambaran yang jelas kepada pihak pelaksana dan pemohon atau pemaju berkaitan keperluan aspek geo-bencana dalam perancangan dan pembangunan tanah. Selain itu, cadangan pelaksanaan reka bentuk LID dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya banjir jika dilaksanakan secara efektif dan komprehensif terutamanya banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan perbandaran. Dengan penambahbaikan dari segi proses perancangan dan langkah-langkah mitigasi yang dikemukakan, maka perlaksanaan pengawalan dan pencegahan risiko geo-bencana dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Geo-Bencana dalam Perancangan Guna Tanah

89


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.