Geo-Bencana Dalam Perancangan Guna Tanah

Page 71

Geo-Bencana dalam Perancangan Guna Tanah

Di sekitar kawasan pembangunan, reka bentuk sistem infrastruktur dan utiliti sangat sesuai menggunakan bahan telap air sebagai struktur binaan pada: - Sistem perparitan; - Sistem pembentung bawah tanah; - Paip bawah tanah; dan - Kolam takungan. Permukaan telap air juga boleh dikurangkan melalui reka bentuk susunatur kawasan pembangunan. Bentuk susunatur konvensional (grid iron) perlu dielakkan kerana menyumbang lebih banyak kawasan tidak telap air. Reka bentuk yang digalakkan lebih kepada berkelompok (cluster) seperti honeycomb dan loop. Turapan telap air atau turapan poros membolehkan air melaluinya dan meresap ke dalam tanah. Ia terdiri daripada komponen kerikil, asphalt, plastik dan bahan lain. Turapan grid berkonkrit (concrete grid pavers) yang mengandungi pasir/ topsoil, tidak banyak berfungsi sebagai penyerap air larian permukaan tetapi lebih kepada menapis dan membuang bahan pencemar. Turapan tidak telap air boleh jadi kurang efektif untuk menyerap dan menapis air jika tidak diselenggara. Penyelenggaraan berkala tidak begitu rumit, cuma perlu menyapu, membuang sampah atau kotoran dan memperbaiki struktur yang rosak.

aPLIKaSI DI KaWaSan PeMBanGUnan (PeRUMaHan / PeRDaGanGan / PeRInDUSTRIan / InSTITUSI)

Cadangan penggunaan bahan telap air, bioretention dan swale di kawasan TLK

Contoh turapan telap air/ turapan poros

GaMBaR / ILUSTRaSI / RaJaH / PeLan

Jadual 7.2 : Amalan Reka Bentuk Turapan Telap Air (Permeable Pavers) Di Kawasan Pembangunan

MonoGRaF Perancangan Bandar dan Desa

63


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.