Geo-Bencana Dalam Perancangan Guna Tanah

Page 21

MonoGRaF Perancangan Bandar dan Desa

Penyediaan pelan kawasan risiko geo-bencana seperti yang dicadangkan dalam Rajah 5.1 adalah langkah untuk menangani ketidakseragaman dan kekurangan kajian yang disebut sebelum ini. Kandungan dan perincian pelan-pelan risiko geo-bencana ditunjukkan dalam Jadual 5.1. Jadual 5.1: Perincian Peruntukan Aspek Geo-Bencana Mengikut Peringkat Rancangan Pemajuan PeRInGKaT PeRancanGan

PenILaIan RISIKo Geo-Bencana

Rancangan Fizikal Negara (RFN)

• Menyenaraikan peristiwa dan lokasi geo-bencana yang pernah berlaku. • Menentukan kawasan kajian lembangan sungai utama (khusus untuk kajian banjir) di bawah dasar RFN 34: ‘Tanah bagi kegunaan perparitan utama, sungai dan anak sungai perlu dijadikan rizab parit atau sungai.’

Rancangan Struktur Negeri (RSN)

• Mencatatkan peristiwa-peristiwa geo-bencana yang pernah berlaku di Semenanjung Malaysia. • Mengenal pasti geo-bencana yang pernah berlaku dalam negeri. • Menentukan kawasan berisiko geo-bencana secara umum berdasarkan maklumat daripada agensi dan jabatan teknikal yang berkaitan dengan geo-bencana berkenaan. • Menentukan kawasan khas berisiko geo-bencana, di mana kajian terperinci (rancangan kawasan khas) perlu dilaksanakan.

Pelan Umum Risiko Geo-Bencana)

Rancangan Tempatan (RT) (Pelan Strategik Risiko Geo-Bencana) Rancangan Kawasan Khas (RKK) (Pelan Strategik Risiko Geo-Bencana) Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) (Penilaian Risiko Geo-Bencana)

• Menentukan kawasan berisiko geo-bencana mengikut tahaptahap risiko tertentu. • Menentukan jenis pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan risiko geo-bencana. • Mengenal pasti kawasan berisiko geo-bencana yang tidak sesuai untuk dibangunkan. • Penilaian risiko geo-bencana secara spesifik. • Mengenal pasti kaedah-kaedah khusus untuk meminimumkan risiko geo-bencana tersebut dari berlaku. • Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan di kawasan khas dan syarat-syarat pemeliharaan yang harus dipatuhi. • Keperluan penyediaan LCP di mana pemohon dikehendaki merujuk kepada rancangan pemajuan di kawasan tersebut sama ada RSN, RT atau RKK (jika ada) apabila permohonan kebenaran merancang dijalankan. • Laporan penilaian risiko geo-bencana perlu disediakan sebelum permohonan kebenaran merancang dikemukakan jika kawasan permohonan berada di dalam kawasan berisiko geo-bencana.

Sumber : Diubahsuai daripada Development and Flood Risk – A Practice Guide Companion to Planning Policy Statement 25 (PP25) (2005), laman web: http://www.communities.gov.uk/ http://www.communities.gov.uk//,, dilayari pada 28 Mac 2007.

Geo-Bencana dalam Perancangan Guna Tanah

13


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Geo-Bencana Dalam Perancangan Guna Tanah by R&D, JPBD - Issuu